26 Jul 2013

Popiah Nestum

Ni salah satu juadah raya yang paling senang nak buat kat atas muka bumi ni, tinggal rajin ngan tak rajin je la.. Hihihihhh... Sabtu lepas dah buat dah, esok aku nak buat lagi.... Kali ni nak buat sebanyak mungkin (ye lah tu !!)


Bahan-bahan :
Kulit popiah (aku guna KG Pastry sebab senang nak kopek, tak mudah koyak)
Nestum (dikisar halus)
Susu Tepung
Gula Aising
Serbuk Horlic (optional)

Oleh sebab aku ni kedekut orangnye maka aku guna susu tepung dan nestum timbang yang dibeli kat bakery shop saje.. Murah dan sama sedap je ngan susu tepung nestum dalam tin kat kedai...


Gulung dan potong ikut ukuran yang korang nak. Mula-mula aku gulung tiga keping kulit popiah sekaligus, tp nampak tebal sangat dan lambat garing bila goreng, so aku gulung dua keping je, just nice gitu hasilnya... Gulungan kulit popiah tadi digoreng garing dan dibiarkan sejuk.


Gaulkan gulungan kulit popiah goreng yang telah sejuk tadi dengan susu tepung, gula aising, serbuk nestum dan serbuk horlic (optional).


Ok dah siap... Yummm Yummm..


Simpan elok-elok dalam bekas kedap udara dan letakkan kat tempat yang tersembunyi sebab takut habis sebelum tibanya hari raya...



11 Juta Kengkawan Dah Komen:

Mizz Aiza said...

aiza suka makan ni.. nak buat tak reti, beli satu balang kecil dah RM12.00.. boleh aiza cuba resipi zura ni..

~SaTo OrEo~ said...

weeiiii bagusnya.. simple giler nape aku tak penah amek tau..hehehehe.. tq2 tetiba teringin nak buat.. murah,jimat yg penting sedap.. :D

nik ros said...

btol tu.mmh senang sgt nak buat ni. rajin atau tak jea la. adik nik baru buat ni. mmg sedp.abis satu balang dah kakak dia mkn..hehe

wawa syaida said...

senang nak buat kan....yg jual pun ada tapi mahal sikit....dah senang better buat sendiri kan :) kalau makan depann tv ni memang tak sedar hihihi

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Fav farah nie.. rupanya senang jer nak buat kan.. :)

lieyalatif said...

ehh menarik laa style zura buat...biase tgk org gunting2 serong gitu heheheeh....

ni laa kuih raye in tuk tahun ni kan....sedap betul kalo kudap2 nie..sebalang abis pun tak sedar hah....

❤Kamsiah❤ said...

mmg senang nak buat,bahan2 pun ringkas..tp rasanya superb...mebeles..

Liza Razak said...

wahh...boleh cuba ni..thank u sis for sharing :)

Firdawati Rashidi said...

salam, pandainya zura buat..nanti firda nak try ehhh...minta resipe ni tau! :)))

jarimanis said...

wahh..nampak simple dan sedap..nk try lah

NEKCIK said...

selamat hari raya Zura..nekcik pun suka..sedap horlicks dgn susu!!

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :