Entri ni bukan nak mengulas pasal perlawanan bola tapi nak menceritakan betapa excited dan jakunnya aku pertama kali nak tengok perlawanan bola sepak Final Piala FA kat stadium... Mula-mula aku taknak pegi sebab pagi tu Afieq muntah-muntah, takkan nak tinggalkan anak tengah sakit kan... Pukul 2 petang, tengok Afiq cam ok sikit, kitorang pun hantar anak-anak kat umah pengasuh. Sampai je kat umah pengasuh, Afiq bukan main ceria dan aktif lagi, alhamdulillah...
Kitorang sepakat ngan sepupu Mr.Lee parking kete kat Terminal Bersepadu BTS then naik lrt gi Bukit Jalil. Memang takkan drive keter trus gi sana la sebab kompom-kompom jalan jem hazab kan... Seawal jam 2.30 petang ramai gile orang berasak-asak naik lrt nak gi Bukit Jalil... Meriah oke !!
Kul 3 petang lebih dah sampai Bukit Jalil tuh. Meriah sesangat dengan pelbagai gerai dan pelbagai gelagat manusia sejagat.
Tiket anak sedara Mr.Lee yang pegangkan sebelum nih. Bila dekat-dekat nak masuk stadium baru dibahagikan pada setiap ahli rombongan kitorang. Sebab tu aku rasa cm tk konfiden betul ke aku nak gi tengok perlawanan bola ni memandangkan tiket belum ada kat tangan aku. Lepas dapat tiket turs snap gambar tiket, hihihhi dasar jakun !!!
Kitorang terpaksa nunggu kawan anak sedara Mr.Lee yang sorang lagi untuk datang collect tiket daripada kitorang. Masa tu dah dekat kul 4 petang. Kitorang dah cuak gile la, kalu masuk stadium lambat kang tak dapat la port best. Akhirnya budak tu datang then kitorang cepat-cepat gerak ke pintu masuk stadium, tapi sebelum tu stop kejap lekatkan sticker kat pipi masing-masing.. Hahahahaa !!!
Seawal jam 4 petang kitorang dah masuk dalam stadium. Nak masuk ke pintu tu takde pun kena berasak berebut, ok je smooth.. Sebab lambat, port yang best-best dah penuh. Huhuhhuh...
Menjelang pukul 6 petang seat sebelah penyokong Kelantan dah penuh kat setiap level.. Game belum start lagi kedua-dua penyokong sibuk dok menyanyi segala..
Overal sangat-sangat puas ati sebab dapat merasai sendiri kemeriahan tengok perlawanan bola kat dalam stadium. Perasan tengok kat tv memang jauh berbeza bila tengok dalam stadium. Boleh berteriak bersama-sama, menyanyi bersama-sama dan membebel maki hamun bersama-sama kalu player sepak bola tak masuk gol...
Aku kagum ngan JDT supporter, walaupun korang golongan minoriti dalam stadium tuh, tapi korang tetap bersemangat menyanyi dan tepuk tangan bersama-sama..
Masa nak keluar daripada parking Terminal Bersepadu tu, kitorang gi jumpa management parking bagitau parking ticket hilang. Budak tu cakap kena bayar denda RM30. Mr.Lee bukak wallet takde duit cash. Aku memang la takdeduit sebab langsung tak bawak purse. Memang gabra gila la wey masa tu dah kul 1 pagi. Last-last budak tu cakap sebab Kelantan menang, dia kawtim je tak yah bayar denda tapi bayar tiket RM3 jer.. TQ dik...
GOOD JOB KELANTAN, ALL THE BEST TO JDT... Mana tau ada rezeki kita sama-sama boleh gi final lagi tahun depan !!!
17 Juta Kengkawan Dah Komen:
Yeay Klate menang..akak pun pegi..dpt 2 tiket free..hehehe..
wah.. semangat betul zura.. tak sia2 pergi sebab kelantan menang.. tahniah ya.. aiza tak pernah tengok secara live lagi.. hihi..
idup klate...
meriahnya...tak pernah lagi tengok live kat stadium cenggini...wawa pun sokong kelantan wlupun orang penang hihi
Meriah2... Jarang tengok bola coz rasa cam sakit jantung ja bila bola tu acah2 kat gawang lawan...ehehee...
sy pun tak pernah tengok live...tengok pic pun dh dpt betapa meriah nyer...next time la kalau selangor msuk final...wahaha... =)
huwaa sampai ke stadium perginye yeee. berbaloiii sebab menang kan... heheee
meriah dengan warna merah.. asben saya memang x minat bola.. saya pun bukan peminat bola.. syukur jugak la dia x minat bola sebab saya tak payah berebut tv dengan dia.
Mesti best kan tengok live.. tpi farah tak minat bola sangat..huhuhu
berbaloi sis pergi sbb kelantan menang :) mesti happening dalam stadium tu
akak sekeluarga kaki bangku hehe..tak minat bola...jiran memekak ketika tgk bola pun naik geram hehe...
jelesssssss... (T_T)... hihihi.. nanti tunggu anak ku besar sket nak angkut sama.. bestkan! suara ko tak serak ke? :P
haaa..best kan. i selalu pergi. but kali ni my vote for JDT..tak menang ler hahahha
wahh meriah2..best2...lieya mmg tak penah seumur hidup masuk stadium....kalo dpt peluang gini sure jakun hahahaahahaha...tapi tu laa tgu anak2 besar ke atau depa tinggal....tp tu laa lieya ni bukan mibat bola...sure tetdo kat stadium heheheeheh
tahniah klate...jdt cube lagi next year....
bestnyer.. teringin nak join pi tgk bola ngan abg.tapi tiket mahal sgt.dengan mls bersesak ngn org.so sokong kat tv jea la..hehe
berbaloi dan puas hati la bila menang kan.gom kelate gomo..
jdt cuba lgi piala malaysia nnt :)
teringin tgok kat stadium ...tapi encik suami x bg....nyampah tol...dok la tengok kat tv aje...
amboiii.. mesti best kan dngar sorakan ramai live lagi.. huk2.. teman x pernah lagi tgk bola live.. kalu tengok motoGP tu pernah lea.. tingin gak nak nengok bola live tp my hubby x minat bola sangat.. aishh.. dia minat motor je.. hu2
hai.. datang singgahbalas sini jap.. sorry lambat bw balik sebab bz sikit lately.. heee.. selamat berpuasa yea.. =)
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :