28 Jun 2013

Labu Sira Klate Style



Arini nk share resepi sira labu atau mat salleh sebut caramelised pumpkin (oh my english !!). Orang klate mesti kenal makanan ni. Ada jugak dihidangkan di majlis kawen sebagai dessert. Senang sangat nak buat.. Kesian anak-anak bangun tido petang mesti lapar kan, takkan nak bagi makan nasi pulak petang-petang cmtuh, kang malam nanti dorang dah tak nak makan nasik pulak.



Bahan-bahan :

Labu kuning 
Kapur makan
Gula melaka (lagi banyak lagi bagus supaya warna labu bertambah cantik)
Gula Kasar (ikut kemanisan yang korang nak)
Air (ikut banyak mana kuah yang korang nak)
Daun Pandan

Cara Buat :

1. Kupas kulit labu, potong ikut bentuk korang suka, bersihkan dan rendamkan dalam air kapur selama 2,3 jam.Tujuannye supaya labu tadi keras, sebab nak masak nanti takot senang hancur.

2. Panaskan air, masukkan gula melaka, gula kasar dan daun pandan. Biarkan mendidih dan pekat, baru masukkan labu.

3. Bila labu dah empuk, angkat dan simpan dalam peti sejuk. Makan bila sejuk sangat le yummy mummy !!!




16 Juta Kengkawan Dah Komen:

anna alaui said...

ana tak brehi sgt siro labu ni..:)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

farah tak makan labu..huhuhu

Sura Mohd said...

akak x suka labu ..teringat pulak kat mak..dia suka sangat labu sira ni..:)(nampak cam sedap pulak labu sira ni..tp x pernah try)

~SaTo OrEo~ said...

weiiiii... smlm gi pasar tani tgk labu mmg terdetik kalo dpt makan sira labu neh sedap neh... alih2 ari ni ko tayang gambar pulak..sabar jekk..

sedap betol tuhhhhh (^_^) yums!!

Firdawati Rashidi said...

Zura! Firda terliur,..kalau sira pisang ..mst meleleh air liur ni terus,,,hehe

whitecappuccino said...

sira labu sedap tapi bila makan akak sakit perut..sangat bisa kalu ada gastrik.

tenku butang said...

waaa.. sedap tuu.. manis x? heee..

Mizz Aiza said...

aiza baca resipi zura ni pun dah terliur.. hihi.. tak pernah lagi aiza makan sira labu, selalu buat bubur labu.. nak kena cuba nanti kot..

Uncle Lee said...

Hi Zura Lee, love your name. This coming to you from Canada....nama saya pun Lee. No relation., ha ha.
I first time tengok this labu...klate...I think Kelantan style? Looks sedap best. And you a good photographer, very nice vivid pictures.
You orang Kelantan?

I think masuk mulut satu spoon boleh lupa nama mak, ha ha.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.

lieyalatif said...

lieya penah makan sekali!!! opismate lieya bawak...mmg die ni org kelantan pun...mule2 mcm pelik la nak mkn sbb selalu labu buat masak lemak putih jek..atau pun lepat...tapi sekali rase..eh sedap rupenyer heheheheheh

wawa syaida said...

sedapnye tengok....tengah puasa ni....petang balik keja nanti nak cari menda2 manis macam ni jugak :)

❤Kamsiah❤ said...

akak ore kelate jugak..tp tak berapa suka sira labu ni..manis melekit2...

Umi Nazrah said...

waaaaaaaaaaaaaaa tak tau pasal resepi ni. labu sira. kena amek & cuba amek ni. tapi tak pasti jadi kelate style ka tak. takot jd kedah style

nik ros said...

sedapnyer.....feveret nik la ni labu sira ni. tgk gambar pun dah terliur ni..huhu

emcee anda said...

auww...sedap sengoti nie.WAJIB buat petang ni.TQ TQ sis ZuraLee

Cinta hazanis said...

Tengah cari resepi ini. Macih =)

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :