15 Nov 2013

Creamy Carbonara Fettuccine

Salam Jumaat untuk kengkawan blogger & reader yang superb.. Arini aku up entry daripada opis baru. Kelas ko first day keje trus update blog.. hhaahaha...


Mr.Lee ni tak berapa makan sangat spageti spageti ni, tekak melayu sejati. Jenuh la aku kelentong dia cakap carbonara ni rasa cam kuah laksam. Tapi memang betol pun kan..lemak-lemak gitu kuahnye cam kuah laksam. SebbaikMr.Lee boleh habiskan sepinggan, so lenkali boleh buat lagi.. hhihihih ..Senang sangat nak buat ni..

Bahan-bahan:
Bawang putih dan bawang besar holland - dicincang halus
Daging kisar
Setin susu cair - nak ganti dengan fresh cream pun boleh
Setin Campbell's Cream of Mushroom
Cendawan butang dalam tin - hiris nipis
Jagung muda - dipotong kecil, nak ganti dengan sayuran keras yang lain pun boleh
Serbuk lada hitam
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa
Fettuccine - ganti dengan spageti atau pasta jenis lain
Minyak zaitun
Cheese - aku guna slice cheese jer, parmesan cheese kan mahal, hahaahah


Cara-cara :

  • Rebus fettucine dengan air yang telah dicampur dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar holland yang telah dicincang hingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang. Tumis setengah masak saje.
  • Masukkan sedikit air dan Campbell's Cream of Mushroom. Biarkan mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan jagung muda dan cendawan butang dalam tin tadi.
  • Bila jagung muda dah lembut, masukkan sedikit garam, serbuk pati ayam dan sedikit serbuk lada hitam
  • Masukkan susu cair.
  • Sebelum angkat, masukkan cheese dan cepat-cepat off api.
  • Tuangkan kuah ke atas fettuccine tadi. 





13 Juta Kengkawan Dah Komen:

Yana Yani said...

adeh laparnya tengok gambar ni
nak sikit boleh tak
nak buat tak pandai...hehe =)

Sura Mohd said...

wah..sedapnya..tak pernah buat lagi..bila ntah nak membuatnya...:)

Jari Manis said...

Kalau Mr Lee boleh habiskan sepinggan..maybe JM boleh habiskan berpinggan pinggan

mysha said...

Wa...geram lak nengok janggut sotong tu... hehehe
Sha slalu buat tak pernah letak cream mushroom tu.. nih kira baru gak nih.. leh la cuba.. sedap kan.. tak pedass... sesuai kasik iA makan...

mysha said...

Wa...geram lak nengok janggut sotong tu... hehehe
Sha slalu buat tak pernah letak cream mushroom tu.. nih kira baru gak nih.. leh la cuba.. sedap kan.. tak pedass... sesuai kasik iA makan...

~SaTo OrEo~ said...

ala penat aku komen td blogspot ni x publish lak.. huhuhu.. terbaik kuah ala laksam ko ckp kat laki ko weh. kekeke.. kitorg slalu panggil masak lemak western :p

whitecappuccino said...

sedap nih..kami satu family kecuali husband suka benda ni.

Unknown said...

yum yum...meleleh plak bila tgk fettucine nih...sib baik dah siap bg resepi nnti leh la umi cuba heheheh...tq ye and salam kenal :)

Alham said...

sedap terrrr....kijo manna pulok loning..

shazillahsani.com said...

yummy...sedapnya...huhuhu

Unknown said...

pandainya zura buat.....!

FarahFerraDotCom said...

okey yg nie pun akan farah try buat jugak..=D

wawa syaida said...

carbonara...sedapnya! bukak blog akak ni kena tahan iman...sebab semua nampak seadp bangat

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :