21 Nov 2013

Kari Ikan Style Zura

 

Salam Khamis untuk kengkawan cyber yang terchenta... 

Masa tengah pilih bawang besar kat supermarket, aku tetiba terpikir nak modify resepi ikan yang biasa, kasik dia pekat lebih sikit. Semua orang memang dah tau nak masak kari kan... Tapi aku nak share ape yang aku dah buat masa masak kari ikan malam tadi.

Rahsianya (rahsia la sangat !!) :  Aku kisar 4,5 ulas bawang putih, 2 inci halia, beberapa keping cili kering yang dah dicelur dan sebijik bawang besar yang bersaiz besar gabak. Pastu aku tumis macam nak buat sambal ikan bilis. 

Bila tumisan dah garing baru aku masukkan serbuk kari Allagappas yang dah dicampur dengan sedikit air, rempah kering (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih) dan daun kari. Satu pek serbuk kari aku guna untuk seekor ikan bawal bersaiz dua tapak tangan orang dewasa. Tengok bahan tumisan pun dah pekat dan banyak, belum masukkan santan lagi tuh.

Lepas tu teruskan masak kari cam biasa la..Masukkan sedikit air, santan pekat, asam gelugur, garam secukupnya dan serbuk perasa. Bila dah pecah minyak baru aku masukkan ikan. Dah siap !!!



Aku buh daun kari banyak-banyak...



Lebihan kuah kari yang pekat tu aku simpan dalam peti, arini panaskan bawak gi opis cicah ngan roti..


Mr.Lee nampak jer aku hidangkan kari ni atas meja, cepat-cepat dia gi basuh tangan standby nak makan. Aku cakap "tunggu jap Bie, belum boleh makan lagi ni, ibu nak amik gambar dulu"... sebbaik dia ok, dah redha dengan perangai bini dia yang perasan bblogger tegar nih... hahahaahaha !!!




11 Juta Kengkawan Dah Komen:

lieyalatif said...

perghhh telan ailiyo lieya tgk...lieya ni bab2 kari mmg nombor satu....lagi2 kari ikan...mmg lieya kejar tang kepala laaaa....pakkal laa kat umah tgh kelamkelibut nak pindah nieh...periuk semua dah packing masuk kotak...kalo tak mmg plan dah sabtu ni nak beli ikan bawal buat kari heheeheheh

Jari Manis said...

oh..itu rahsianya letak cili kering...untunglah dapat isteri ytg rajin dan pandai masak ni...JM ni pandai makan je..sib baik lah belum kawin..kalau ta kebulur sang suami..eee..nampak sedap mkn ngan nasik panas2...

JM kalau nk masak apa2 pun mmg akan refer kat blog ni

Sura Mohd said...

tengok zura masak kari ikan ni dah telan air liur...baru ingat..akak pun dah lama tak masak kari ikan ni..asyik kari ayam jer..:)

Mizz Aiza said...

wah.. sedapnya makan dengan nasi panas.. pekat je zura buat..

Alham said...

amboi...rajinnya puan zura kitaaaaa......meletops kalu bawal masak kari...i loike!!

mysha said...

Rasa nak cubit jer pewot ikan bawal tu.. geram nengokk.. klo dapat nih mau tinggal tulang jer hehehe

Unknown said...

salam zura, lama gila tak fyda tak berblogwalking.rindu nak menjengah blog ni.... sedap gile Nampak kari tu....terlur sangat...hehe

shazillahsani.com said...

fuyooo..terliur tgk...hihihi

FarahFerraDotCom said...

terbaik la zura.. =D

Yana Yani said...

wah banyaknya bahan nak masak kari
saya kalau masak kari, simple habis
tu kira orang malas yang masak...hehe

wawa syaida said...

gulai ikan...sedap! sedap! makan dengan nasik panas-panas ni confirm terangkat

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :