15 Apr 2014

Pantai Bagan Lalang

31 Mac 2014 (Ahad) lepas kitorang bawak anak-anak sedara makan-makan kat Pantai Bagan Lalang. Kat situ la tempat biasa kitorang lepak makan ikan bakar, sejak tahun 2009 lagi.

Plan untuk bawak anak-anak sedara makan-makan kat Pantai Bagan Lalang ni dah lama aku tanam kat kepala nih, tapi baru terlaksana. Biasa la mak sedara korang ni kan banyak agenda.. Wahahaah ! Perjalanan dimulakan seawal jam 2 petang. Anak sedara aku yang study kat UPSI, Along Sarah malam tadi lagi dah sampai tido umah aku.


Mula-mula stop kat USIM amik Loqman, adik kepada Along Sarah.



Lepas tu stop kat asrama KPJ amik anak sedara Mr.Lee, Wawa nama dia.



Dalam kul 3 lebih gitu sampai la kat Pantai Bagan Lalang. Salah satu tujuan datang awal ialah nak bagi anak-anak main air pantai. Sekejap je air surut, tak lama pastu ombak makin kuat.



Loqman, Along Sarah, aku dan Wawa. Besar dah anak-anak sedara aku, lagi tinggi daripada aku.. Eleh, mak bapak korang tinggi, memang la korang tinggi.. Lenkali nak amik gmabar ngan korang, Cik Sue berdiri atas kerusi ye..



Wawa cakap "tetiba rasa tinggi jer dok sebelah Cik Ya..!!" Hoi, tak sayang mulot ok.. Hahahahaha !!!! CikYa tu panggilan anak sedara Mr.Lee pada aku. 



Zaman teknologi, semua berkawan ngan henfon je..



Tengkiyu Along Sarah amikkan gambar ni, Cik Sue rasa sangat gorjes.. Wahahaah ! (berbuih idung sawan tarik perasan !!) Cik Sue panggilan anak-anak sedara aku sebab aku kan bongsu, 
comel pulak tuh..eh tetiba !!!



Malu-malu jer kitorang nak posing sebab anak-anak sedara tengah tengok.. hik hik hik (nada gelak gatal)



Cantik juga pasir kat sini. Kali terakhir datang sini ialah bulan puasa tahun lepas, 
boleh aku lupa keadaan pasir kat sini.



Lepas mandikan anak-anak, kitorang terus ke kedai makan, lapar sangat dh semua orang. Awal-awal pagi lagi aku dah pesan kat anak-anak sedara , jangan brekfes kenyang sgt sebab nanti nak makan best. Kedai pilihan kitorang yang biasa la, hujung dekat jeti.



Aku orderkan satu jug air sirap limau Nape erk aku tak terpikir nak order jus oren ke jus tembikai ker.. . Sian anak-anak sedara, bertabah la korang dapat mak sedara yang kedekut cam aku. Hahaha !



Nampak je pelayan bawak sotong goreng tepung ni aku dah terkinja-kinja. Sotong goreng tepung ni memang ranggup dan tak berminyak. Nyesal pulak amik 3 ekor jer... Lenkali nak amik lagi banyak !



Udang sweet sour. Ada cam rasa nenas tapi takde nenas dalam pinggan tuh. Nice !



Semangkuk sup sayur, sekadar nak ada kuah untuk basahkan nasi je sebab tu order satu je



Siakap bakar kosong. Best sangat bakar kosong camni sebab boleh nikmati isi ikan yang segar dan manis.



Rasa cam tak cukup je makanan tu kitorang tambah lagi dua keping ikan pari, buat bakar sambal.



Pepahat masak halia. Anak-anak sedara aku cam kureng makan ni, aku je yang habiskan. Lenkali bawak korang makan, Cik Sue tak amik la pepahat ni ok.



Sekejap je dah licin semua pinggan. Berbaloi kalu bawak gi buffet nih.. Hihihhih



Total semua RM134.50 jerk... Murah kan..Ye la, Cik Sue hanya mampu bawak makan kat tempat murah jewwwwwwww, sob sob sobb... (nangis sambil berlari ke tengah laut)



Sebelum balik singgah kat surau Bagan Lalang. Kat situ rupanya ada wifi free



Terus carik signal WiFi, tapi hampeh bile tak boleh connect pulak. Maybe Wireless Access Point dia tak detect henfon orang yang bukan penduduk kat situ.. Hihihih.. Nak on Data Plan 3G takut bateri henfon cepat abih. Masa ni belum dapat power bank free lagi..




Lepas tu hantar semula Loqman dan Wawa balik asrama masing-masing. Perjalanan diteruskan ke belah utara hantar Along Sarah kat UPSI pulak.. sakan berjalan yerk.. Harap korang puas ati ya, ada rezeki lain Cik Sue bawak korang datang makan sini lagi. Study elok-elok ya, dah keje nanti jangan lupa bank-in duit gaji sikit untuk Cik Sue setiap bulan.. wahaahahahah (nasihat ape camtu hoi !!)


16 Juta Kengkawan Dah Komen:

Jea Mohamad said...

Weee!!! Seafood!!!!

Untong la power bank free..hihi

Liza Razak said...

kalau ikan fresh..bakar kosong pun dah sedap kan? dah lama tak makan siakap bakar macam ni :)

mama darwisy said...

sedap2 sedapnya smua.. tgk pon tau kata sedap..btw ur blog sgt cute.. hihi.. bab mkn mmg i suka follow..:)


http://ourlovebonding.blogspot.com/2013/02/panduan-memilih-pam-susu-dan-my-milk.html

misz sheyla said...

makan sajeeeee.... dah lame nk g bagan lalang mkn seafood..tapi asyik la tertangguh T__T

Sura Mohd said...

bestnya makan-makan..kaksura tak pernah sampai lagi bagan lalang..huhu..

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Cantik tempat nie zura..makanan pn best.. tp kenapa la jauh sgt..huhuhu

~SaTo OrEo~ said...

waaa nampak mengancam ikan pari bakar tuh... apa nama kedai tu weh.. Art Catering ka? agagaga... :P lama tak gi bagan lalang.. dulu siap berkhemah dekat pantai tu kot masa muda-mudi.. hik2..

cheesedan kejubakar said...

wah... suke makan seafood.. leh try jgk ni x jauh dr umah..

Jari Manis said...

Bestnya...JM jgk yg belum pernah ke sana..

Nurul said...

Nrl x pernah lagi sampai sini... Dgrnya makan seafood kat sini memang best... ^__^

Cho Zila said...

amboi bestnyer .. akakpoun selalu teringin nak gi pantai bagan lalang makan ikan bakar.. suami akak tak berapa nak berkenan pergi situ... padahal dekatjer kot...
murah gak yerk makanan kat situ.. sll orang duk review kedai lain rasanya... ehm bagus der banyak pilihan...

Mizz Aiza said...

bestnya jalan-jalan dan makan-makan.. aiza tak pernah lagi sampai sana..

yana yani said...

saya first time dengar pepahat tu zura
sedap ke?
anyway saya pun sama cam aiza tak penah sampai lagi ke sana
cam best aje pula =)

::EIDA:: said...

huwaaa ida teringin nak pegi sinii.. makan makan sambil tgok sunsett.. hubby nan hadoo bawaknyeee sobsss

Anonymous said...

http://peruserpaid.com/?ref=137528

maya said...

cantik pemandangan yg ada sini...makan pun nampak sedap

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :