10 Apr 2014

Spaghetti with Grilled Mutton




Jumaat (4 April 2014), aku cuti sebab pengasuh balik kampung. Aku dah lama plan nk buat lamb chop, skali salah beli..bukan lamb tapi mutton.. huwaaaa... Masa kat Aeon big, aku google la maksud mutton dan lamb.. dua-dua maknanya daging kambing.. So aku pun beli la mutton slice... Aku wasap kawan aku (dia ni terer bab-bab masakan kambing) rupa-rupanya aku dah tersilap langkah.. 



Wannie, andai ko baca entry ni, harap ko tak marah aku save nama ko macam tu sebab ko memang hot, anak dua pun body ko macam body Saloma. Eh, dah lari tajuk ni !! Anyway, tima kasey banyak Wannie share ilmu pasal daging kambing. Ok, kita tukar plan. Tetiba teringat kesedapan kambing panggang dimakan dengan spageti goreng kat Puri Pujangga Cafe, UKM masa bukak puasa tahun 2012 dulu. So mutton slice tadi kansel buat lamb chop, aku panggang blackpepper jerk....



Daging Kambing Panggang Blackpepper (resepi asal KAK LINA PG, tima kasih kak)
Bahan-bahan :
Beberapa keping daging kambing
Sedikit kiub pati ayam
Beberapa ulas bawang putih - ditumbuk
Beberapa inci halia - ditumbuk
Sos tiram
Kicap pekat manis
Italian Mix Herbs (takde pun tak per)
Serbuk lada hitam
Lada hitam biji - ditumbuk kasar
Minyak zaitun / minyak masak


Cara:
  • Ketuk-ketuk sedikit daging kambing (kalu korang beli kambing muda takyah la ketuk)
  • Semua bahan tu ditumbuk dan diperap pada daging kambing selama beberapa jam. Aku perap semalaman. 
  • Panaskan kuali leper, titiskan minyak zaitun / minyak masak biasa. Balik-balikkan daging hingga masak.
  • Daging kambing aku dua keping setengah jerk, tapi aku lebihkan bahan perapan.
  • Kat blog Kak lina ada ajar cara nak hilangkan hamis bau kambing, aku tk buat pun. Sengaja taknak hilangkan bau hamis, nanti tak terasa kekambingan la.. hahaaha !!
  • Resepi ni boleh guna kalau korang nak buat lamb chop

* Sos lada hitam : Panaskan mentega dan tumiskan bawang besar yang dicincang halus. Masukkan tepung gandum. Masukkan air, kicap manis, serbuk lada hitam, lada hitam ditumbuk kasar, garam secukup rasa dan kiub stok ayam. Didihkan hingga pekat dan curahkan di atas daging panggan.



Spageti Goreng Sempoi
Bahan-bahan:
Spageti 
Minyak zaitun 
Bawang putih - dicincang halus
Italian Mix Herbs
Cendawan butang tin - dibersihkan dan dipotong nipis
Daun bawang - dipotong kecil
Sedikit kiub stok ayam
Air

Cara: 
  • Panaskan air, masukkan minyak dan garam. Apabila mendidih, masukkan spageti dan celur hingga lembut. Bilas dengan air paip, tos hingga kering dan gaul dengan minyak zaitun untuk mengelakkan spageti kering.
  • Panaskan minyak zaitun
  • Tumis bawang putih dan masukkan cendawan butang dan kiub stok ayam
  • Masukkan spageti dan daun bawang. Masak seketika
  • Tabur Italian Mix Herbs dan terus tutup api.

Untuk anak-anak, aku masakkan spiral pasta. Aku masakkan sekali ngan spageti tu tadi. Nak makan, aku asingkan la. Pasta ni kan nampak cam keropok udang Double Dacker, aku cakap ni cikedis, laju je anak-anak makan... Liat betol dorang nak makan nasi sekarang, kena la pandai muslihat nak suruh dorang makan







13 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura, huwaaa lapar sangat tengok gambar makanan ni. *gulp*

cheesedan kejubakar said...

nmpk sedap... bole try resepi ni... hihi

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Sedapnya zura!!!!!! nyum..nyum..nyum..=D

anna alaui said...

pandainya akak buat....dapnye dapnye...

Norma NML said...

Salam kenal...

sedapnya...boleh la try msk ni

https://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Sura Mohd said...

zura..sama cam akak..suka rasa kekambingan..baru syok makan kambing..hihi..
sedapnya zura masak..terliur suda..:)

yana yani said...

adeh zura! lapo dok tengok gambo ni
meleleh dah ayer liur ni, sape nak jawab? hehe

Sally Yatiey said...

Sedapppppnya ;D

Cho Zila said...

amboi nampak cam kat kediajer masaknyer..
dasatlertu..... kalau hidangkan kat orang memang tak maluler....

Liza Razak said...

bolehlah cuba resepi ni nanti sebab saya suka mkn pasta :)

Jea Mohamad said...

terliur hokeyy.. sy vote spageti!

Nurul said...

aduh, yang ni lagi menggoda nrl... sedappp betul tengok spagheti ngan kambing panggang tu... leh try nanti ni... ^__^

Amira Tarmizi said...

terlioq tengok.. visit my blog http://merlipmerlap.blogspot.com/2014/04/cara-mengupas-kulit-tomato.html

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :