28 Jan 2014

Rezeki Menjelang Tahun Baru Cina

Petang semalam, HR manager lepak-lepak kat workstation kitorang. Dia cakap jap lagi CEO nak turun round opis, trus kelam kabut kemas meja memasing yang bersepah gile macam kapal titanic pecah, tapi dalam kekalutan mengemas, kitorang cam was-was jer..macam la CEO tu rajin bebenor nak check staff dia...


Tak lama pastu CEO muncul depan workstation kitorang. Dia bagi sampul merah sorang satu. Wawawa, terharu aku, bercampur jakun batak sebab dah lama tak merasa dapat angpow. Kan sebelum ni dah 5 tahun aku keje dengan kompeni 100% melayu, mana nak merasa angpow kan..Walaupun amount angpow tu sikit jer, tapi aku jadik over excited, trus ter"show off" kat FB.. hahaahahaah !!



Urat saraf kepala otak terus ligat pikir malam nanti nak makan kat mana. Kretif aje kan kalu bab perabih duit. Mula-mula nak makan Domino's Pizza. Pastu kansel.. Tekak rasa nak makan Prosperity Burger, baru la kena dengan suasana Raya Cina kan sebab burger tu hanya muncul bila tibanya hari raya Cina...So ber McD la kami malam tadi.

Untuk aku, Double Prosperity Beef Burger. Sebab guna duit free boss bagi tu yang order double punye, kalu duit sendiri kompom aku order yang biasa saje, aku kan kedekut orangnye.. hahaahah !!


Tak sabarnye malam esok dah nak balik kampung !! Tak sabarnye nak menambah bilangan kereta kat highway Gua Musang tu.. Kompeni aku bagi cuti free khamis, selasa baru start keje balik. Korang cuti lama tak ?




22 Jan 2014

Jalan-Jalan Naik Komuter

Selasa minggu lepas (14 Januari) cuti Maulidur Rasul kan. Lepas brekfes aku rasa cam dungu sangat kalu dok umah je. Bagitau nak bawak anak-anak jenjalan naik komuter gi Seremban, Mr.Lee trus OK. Keje nak berjalan je, padahal bukannye banyak duit pun, hahaahahaa !!


Kitorang naik komuter dari stesen Serdang,15 minit dari umah dan parked kete kat depan kedai mamak dekat jejantan depan stesen tu. 


Tiket komuter dar Serdang ke Seremban masih lagi RM5.00 sehala, tetap sama tak berubah daripada zaman belum kawin lagi. Trus beli tiket pergi balik. Beli tiket untuk aku ngan Mr.Lee je


Masing-masing mata dah kuyu, ngantuk agaknya, mana boleh tido kan nak naik keter api nih


Dulu zaman gi keje naik komuter, papan waktu camni bukannya releven pun sebab komuter kan selalu delay.. hihihhihi


Keter api dah sampai !! Yey, dapat naik tren baru !!! Tahun 2010, masa terlibat dengan projek dekat Pos Msia HQ, setiap hari aku naik komuter, sama-sama berebut seat sambil usung perut boyot (masa tu aku ngandungkan Afieq yang sulung )


Gerabak yang lebih luas, kerusi yang lebih empuk. Tapi kalu hari biasa kompom sesak nafas jugak dok berhimpit kat dalam ni. Gerabak yang amat lengang, bukan main suka la anak-anak aku melasak ke sana sini.




Mula-mula itorang dok couple seat camni. Mr.Lee dok dengan Afieq, aku dok dengan Ashraaf


Pastu kitorang pindah ke seat panjang. Dah kata tak ramai orang kan, sakan la tukar seat sana sini. Macam jakun batak pulak kan.. Hahahaahaha !!








Aku suka gambar candid nih, nanti nak prin besar-besar. Kalu kat kompeni lama, boleh la aku print lenjan printer opis je, sekarang tak boleh, kan baru keje je kat kompeni nih... Hahahaaha !!


 Siap boleh baring-baring hindustan style lagi...


Dah lama aku usha tiang nih, baru je aku nak pose sengsorang kat situ, anak-anak terus kerumun. Kacau daun betol la !!! Tak bagi can aku nak camwhore dalam komuter !!


Sampai je Seremban, memasing macam blur-blur ayam, tak tau nak pegi mana. Shopping mall yang betul-betul depan stesen komuter dulu namanya Seremban Parade, sekarang dah tukar nama Seremban Prima. Tu pun banyak kedai belum bukak, baru lepas renovate kan. aku wasap kawan tanya tempat mana boleh pegi kalau jalan kaki je, dia tak respon. Aku dalam komuter balik ke Serdang baru dia respon, ciss !! Salah kitorang jugak sebab datang tak study peta dulu. Last minute plan memang camni la


Lepas jalan-jalan dalam Seremban Prima, minum neskefe O kat kantin stesen komuter tuh. Nak makan tengok lauk-lauk dia cam tak best.


Babai Seremban, lenkali kitorang datang kitorang akan standby peta besar-besar da explore bandar Seremban elok-elok ok


Anak-anak dah tak boleh nak melasak sangat cam tadi dah sebab komuter balik ke Serdang dah ada ramai penumpang


Sekejap je anak-anak dok dengan aku, pastu dorang turun gi kat Mr.Lee, so aku bantai tido sampai meleleh air liur. Sampai ati Mr.Lee tak kejutkan aku, aku tersedar tengok-tengok ada mamat Indon tengah berdiri depan aku. Hahahahaah mencik la !! Dalam perjalanan balik tuh, aku tengok ada polis berkumpul tepi landasan. Dari dalam tren aku nampak mayat bersepai tepi landasan. Huhuhuh, rupa-rupanye kes orang kena langgar masa nak lintas landasan kete api..


Mr.Lee belanja makan kat kedai mamak tempat kitorang parking kete


Megi goreng yang jadik rebutan aku dengan Afieq. Sedap betol la megi goreng mamak, ntah ape yang dorang buh. Memang ketagih siot !! Kalu aku puji sedap je, Mr.Lee mesti cakap "dorang buh air rendaman spender la tu ibu !!".. Ciss !!


video
Test upload video. Video Ashraaf pegang tangan Afieq masa tengah jalan


Walaupun tak sempat nak explore bandar Seremban tu, kitorang rasa puas ati dapat bawak anak-anak jenjalan naik komuter, bagi dorang kenal dunia luar. Bila diorang dah besar sikit In Sha Allah kitorang nak try balik Klate dengan kete api pulak 12 jam tu !! Berasap la badan !!



12 Jan 2014

Nasi Berlauk Kelantan


Nasi berlauk merupakan salah satu signature dish negeri Kelantan. so jangan hairan la kalau datang ke Kelantan, korang tengok banyak gerai makan jual nasi berlauk sebagai brefes. Tak payah tunggu tengah hari, pagi-pagi buta lagi korang dah boleh makan nasi. Lauknya macam-macam, ayam / daging bakar, gulai kuning ikan tongkol, gulai ayam / itik dan lain-lain.

Meh aku ajar cara nak masak gulai kuning ikan tongkol (kat kelantan ikan tongkol kitorang panggil ike ayo).


Bahan Kisar : 
Bawang merah
Halia

Bahan lain : 
Ikan tongkol - disiang dan dipotong 
Air secukupnya untuk kuah
Santan pekat
Asam gelugur - beberapa keping
Bawang putih - beberapa ulas dan dihiris nipis
Lengkuas - dihiris nipis
Bahan perasa secukupnya
Timun - dihiris kasar
Kacang panjang - dipotong panjang

Cara : (Style aku masak gulai ni, aku buatkan ikan singgang dulu. Lepas tu baru convert kepada gulai)
  • Ikan tongkol, air, asam gelugur, bawang putih, lengkuas, asam gelugur dan bahan perasa disatukan di dalam periuk. Didihkan hingga masak. Simpan di dalam peti sejuk semalaman supaya kuah meresap di dalam isi ikan.
  • Asingkan ikan daripada kuahnya
  • Satukan kuah ikan singgang, santan pekat, bahan kisar, asam gelugur, timun dan kacang panjang di dalam periuk dan didihkan hingga timun dan kacang panjang layu (guna api yang kecil sahaja supaya santan tidak pecah minyak)
  • Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telh masak ke dalam kuah dan tutup api.
  • Hidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan.


Nasi berlauk gulai kuning ikan tongkol ni merupakan masakan terakhir aku di dalam kediaman bernombor 2-04, Apartment Seri Murni. Lepas brekfes kitorang bertungkus lumus kemas barang umah sebab berpindah ke tempat lain pulak. Dekat jela, 5 minit je daripada umah lama. Kengkawan semua ingat aku pindah balik klate bila aku cakap nak pindah.. Hahahaaha !!



7 Jan 2014

Tomyam Campur Pekat Melekat



Setakat hari ni aku belum pernah jumpa orang malaysia yang tak suka makan tomyam. Ke ada yang tak suka makan tomyam ? Mungkin korang berdarah kacukan Mexico kot. Hihihhihi ! Aku suka sangat makan tomyam kat satu gerai dekat umah aku . Tomyam dia sangat mantap !!Kalu kedai yang tomyam yang cair mengecewakan macam air paip memang aku dah banned awal-awal kedai tu.

Arini aku nak share satu tips untuk buat tomyam yang pekat cam kat kedai tuh. Selain daripada campur susu cair dalam kuah tomyam, korang kena campurkan pes cili Thailand banyak-banyak. 

Kat kedai tomyam mantap yang aku cakap tu ada banyak tin-tin berisi pes cili ni. Pes cili ni tak pedas pun, sekadar sebagai ejen pemekat dan penambah sedap tomyam, paprik atau masakan Thai  lain. Pes cili dijual dalam banyak saiz, paling besar dalam tin 3kg. Sila rujuk gambar kat bawah ni.



Resepi tomyam ni aku dapat dalam satu risalah kat klinik masa hantar anak-anak jumpa doktor. Cuma aku tambahkan pes cili Thai ni untuk memantops kan lagi tomyam tuh.



Bahan Kisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lengkuas
Daun Limau Purut
Cili kering yang dicelur

Bahan lain:
Lauk mentah : ayam, udang, sotong, fishball dan lain-lain
Perencah tomyam
Pes Cili Thai
Daun limau purut - dikoyak untuk mengeluarkan bau
Serai - diketuk
Cilipadi - diketuk
Air asam jawa
Air untuk kuah
Susu cair / santan cair
Bahan perasa
Minyak masak untuk menumis
Tomato - dipotong kecil
Daun ketumbar - dihiris halus

Cara-cara :
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan air dan dibiarkan mendidih.
  • Masukkan serai, cilipadi, daun limau purut, perencah tomyam, pes cili, air asam jawa dan serbuk perasa
  • Akhir sekali masukkan susu cair, didihkan sekejap je terus tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar dan tomato

Senang je kan.. Sama je dengan cara buat tomyam macam orang lain cuma tambahkan susu cair dengan pes cili Thai banyak-banyak.



P/S : esok petang aku akan blogwalking kt umah korang pulak. Tima kasey semua datang sini. Chupp Chupp Chupp !!!


2 Jan 2014

Mi Wantan Dan Dumpling Ayam


Aku start teringin nak makan mi wantan ni sejak  LieyaLatif ngan Wawa Syaida post entry makan mi wantan kat Old Town White Coffee

Senang sangat nak buat. Aku refer kat blog Kak Jee cara nak buat mi wantan ni, tapi resepi yang aku share kat sini simple je.. Aku kan pemalas orangnye.. Haahaha !!

MI WANTAN 
Bahan-bahan :

Sepaket mi wantan
Dada ayam
Sawi
Kicap pekat
Serbuk pati ayam
Bawang putih
Minyak masak
Air untuk merebus

Cara : 

  • Rebus ayam, kemudian disiat-siat
  • Celurkan sawi
  • Hiris nipis bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Minyak gorengan tu disimpan.
  • Celurkan mi wantan dengan air rebusan yang sama. Dah lembut trus bilas dengan air paip. Gaul mi dengan minyak gorengan bawang putih untuk mengelakkan daripada mi melekat. Kemudian gaul mi dengan kicap pekat dan serbuk pati ayam secukup rasa.
  • Hias dengan daging ayam rebus yang disiat, sayur yang direbus dan bawang putih goreng.



Mi wantan ni bertambah sedap bila dipadankan dengan dumpling. Biasa orang guna udang, aku guna daging ayam kisar jerk.

DUMPLING AYAM
Bahan-bahan:
Daging ayam kisar
Frozen mix vege - rebus dan dicincang halus
Serbuk pati ayam
2 sudu tepung ubi
Kulit wantan
Air masak sebagai pelekat

Cara : 

  • Satukan semua bahan kecuali kulit wantan dan air. Gaul hingga sebati
  • Bungkus bahan berkenaan di dalam kulit wantan. Untuk mengelakkan kulit wantan terbuka, titiskan air pada hujung punjut tuh
  • Kukus selama 20 minit.

Nak amik gambar-gambar mi ni sangat mencabar sebab anak sulong aku Afieq dok melalak meraung nak makan. Dia ingat mi wantan ni megi. Sibuk dok jerit "Abang nak makan megi tu !! Abang nak makan megi tu !!".. Haish terencat konsentrasi aku nak amik gambar.



Nota kaki untuk kengkawan : tima kasey sebab masih sudi datang menjengah kat sini walaupun aku jarang update blog & jarang gi jenjalan kat blog korang... Muahhhh bertubi-tubi kat pipi korang !!