19 Jul 2012

Red Wok Restaurant

8 Julai 2012 (Ahad) - Minggu ni Mr.Lee balik KL, so boleh la aku ajak dia gi makan kt Red Wok Restaurant kat Bandar Baru Bangi. Dah lama aku mengidam nak makan kt situ lepas tgk review dalam JJCM TV3 tuh.. Restoren tu terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian utk hidangan stimbot buffet, satu bahagian lg hidangan ala cart masakan Chinese Muslim. Tokey kedai tu Chinese Muslim, nama apa ntah. Ramai pekerja kt restoren ni anak jati Klate. Menu dia sangat banyak, hingga rambang mata dibuatnya. Jom layan gambar...

- Nombor meja kami -

- Abg Afieq sedang menunjukkan ke'terrer'an beliau main game Talking Tom sambil diperhatikan oleh Mr.Lee dan Asyraaf -

- Butter Crispy Prawn, saiz S RM23.00. Udang yang besar, garing tapi masih ada jus udang nya. Serdak butter yang sangat banyak dan garing. Memang terbaik !! -

- Jus tembikai Mr.Lee -

- Bangkok Tomyam Soup with Milk, saiz S RM10.00. Seafood  yang banyak & kuah yang mantap.. Sedap jugak !! -

- Beef wrapped with Salted Egg, saiz S RM14.00. Sebenarnye ni kategori appetizer, tp kitorg jadikkan lauk. Sangat unik dan sedap -


- Plan asal nak amik gambar kat sini, tapi sebab ujan lebat, malu plak nk bergambar, kang orang cakap aku mereng plak bergambar tengah ujan -

Overall makanan kat sini memang sedap. Walaupun hidangan saiz S, tapi cukup untuk makan tiga orang dewasa, sangat berbaloi !!.. Pelayan pun frendly. Takyah risau pasal parking, memang banyak space. Untuk info yang lebih lanjut, sila refer kat website dorang : Red Wok Restaurant

Lepas makan, kitorg meneruskan perjalanan ke Pesta Flora Putrajaya pulak.


4 Juta Kengkawan Dah Komen:

sarah honey said...

terliur udang tu, tapi sayang, saya takleh makan udang la kak zura. huhuhu

Zura said...

Sarah Honey : udang tu mmg mantops yerk adik2.. sygnye tk mkn udang, hilang separuh nikmat donia..

Suziey Ahmad said...

beef wrapped wth salted egg tu nmpk unik dh sedap la..

Zura said...

Suziey : mmg sedap oooo... try la terjah restoren tuh... saiz S tp cukup utk 3 org...

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :