21 Jul 2012

Kuih Talam Berlauk (Kredit to Kak Azie)



21 Julai 2012 - Hari ni hari pertama puasa pada tahun ni... Awal-awal lagi aku dh siap beli bahan-bahan untuk masak kuih talam berlauk. Semuanya lepas terbaca entry blog Kak Azie... Resepi asal kat SINI, memandangkan family aku ni 4 orang saje, Kak Azie cadangkan aku kurangkan sukatan bahan daripada resepi asal dia.. Sebab tgk kecantikan kuih talam Kak Azie, aku siap beli acuan agar-agar supaya kuih aku terbentuk cantik cm dia punye... Hahahahahaaha !!


Bahan bahagian bawah :
  • Satu setengah cawan tepung gandum
  • Setengah cawan santan pekat
  • Dua cawan air
  • Serbuk lada sulah
  • Sebiji telur
  • Gula & garam secukup rasa
Semua bahan diatas disatukan dan diblend sampai sebati.

Bahan lauk :
  • Udang saiz kecil
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Udang kering ditumbuk (tapi aku guna udang geragau, so aku tak tumbuk pun)
  • Cili merah
  • Daun sup & daun bawang
  • Gula & garam
  • Minyak
Bawang putih, bawang merah, cili merah, daun sup dan daun bawang dihiris halus. Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kuning keemasan pastu angkat. Kemudian tumis udang kering, bila naik bau, masukkan udang hidup dan cili merah. (Aku tumis sekejap je udang hidup tuh, setengah masak je). Bubuh bahan perasa tadi. Bila udang dah masak, tutup api dan masukkan bawang goreng bersama daun sup dan daun bawang, gaul rata dan ketepikan.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan yang dah disapukansedikit minyak. kukus lebih kurang 10 minit.

Buka dan taburkan bahan lauk tadi.

Kukus lagi 15 minit.


Kak Azie pesan tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan.



7 Juta Kengkawan Dah Komen:

Azie said...

Zura, serius kejadian yang sangat cantik dan gambar yg memang membuatkan kita menelan air liur. Kita hari tu, ambik gambar waktu malam, tak cantik. Zura punya gambar sgt cantik. Selamat berpuasa pada Zura dan famili...

Zura Lee said...

Walaupun gambar akak gelap skit, tp kuih talam tetap comey, bentuk love lg tuh !!... Tima kasih kak berkongsi resepi dan segala tips... <3 <3

[-suziey-] said...

wooooo bikin perutku berbunyi riangggggggggg

Zura Lee said...

tu la sapo suh tgk gmbr tgh2 ari buto tgh poser nih.. hahaahaha

.: iEyLa :. said...

lamenye xjmpe kuih ni...
klu jmpe pon mesti sket je lauknye kt ats tuh.. :p

Zura Lee said...

Ieyla : nk mkn sendiri mmg le buh byk lauk, klo akak peniaga tkkn le akak nk wat cmtuh, lambat kaya akak nanti.. hahaahahah

abuya said...

Marvelloussss

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :