Hari Pertama
Lepas settle aktiviti network preventive maintenance (PM) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Kuching dan JANM Sri Aman minggu sebelumnya, pada Isnin (14/05/12), aku ngan Harris ditugaskan ke JANM Miri dan JANM Limbang pulak. Limbang aku dah tak excited sangat dah nak pegi sebab dah pernah sampai dulu, aku nak try explore Miri pulak (bunyik cam nak gi bercuti jerk padahal nak gi wat keje hokey)
Kitorang selamat sampai epot Miri
pukul 10.40 malam. Stay kat Sommerset Hotel. Hotel cikai jerk tapi dekat dengan
tempat kitorang nak wat keje esoknya. Aku amik bilik tingkat 3, Harris amik
bilik tingkat 6. Aku tengok hotel tu cam scary jer, so kalu ada apa-apa senang
aku nak larik turun sebab tingkat 3 jerk.. Bengong sunggung imaginasi aku !Kul
11.30 baru carik kedai makan, foodcourt masa tu dah nak tutup dah.. Bandar pun
dah sunyik.. Nama je Bandaraya tapi belum kul 12 tengah malam pun dah sendu..
Makan cepat-cepat pastu balik bilik masing-masing..
Hari Kedua
Sebab keje kitorang melibatkan downtime untuk restart switch dan firewall, so keje start selepas office hour. Pagi Selasa (15/05/12), aku ngan Harris gi epot untuk beli tiket flight ke Limbang. Suruh hotel bookingkan teksi. Dapat teksi sorang uncle Chinese, sangat friendly dan jujur. Nape aku kata jujur ? Sebab dia sanggup tunggu kitorang beli tiket pastu hantar kitorang balik semula ke bandar tanpa kenakan caj menunggu kat kitorang.
Sampai kat bandar semula, Harris
mintak uncle teksi hantarkan kitorang kat kedai makan best kat Miri tuh. Uncle
teksi drop kitorang kat satu kedai nasi lalapan. Apa ntah nama kedai tu aku dah
lupa. Dah sampai Miri wajib la try nasi lalapan. Kalu kat Semenanjung Malaysia
lebih kurang macam nasi ayam penyet la, Cuma lauk utamanya berasaskan ikan dan
seafood.
Aku order nasi lalapan tenggiri,
Harris order nasi lalapan bawal. Besar gile ikan bawal Harris tuh. Hadoi memang
tak boleh masuk tekak ikan tenggiri tu, maybe sebab dia goreng kosong tak perap
garam kunyit cam kat Semenanjung kot, loya semacam je rasanye, berpinar bijik mata aku nak telan. Tapi
sambal dia sedap, pedas menyengat.
Kitorang jalan kaki je balik hotel. Even jarak kedai makan tadi ngan hotel agak jauh, tambah pulak tengah hari buta panas terik, sempat jugak la kitorang cuci mata. Siap masuk kedai cenderamata lagi. Nak je aku beli, tapi susah pulak nak angkut nak gi Limbang pulak.
Dah sampai bilik hotel, aku baru
perasan aku dah silap pilih date. Ni mesti sebab aku terlebih skodeng boobs
awek jual tiket MAS Wings tadi tuh. Tu la pakai baju terbonjol betik, dah aku
silap beli tiket. Terpaksa la kitorang keluar g epot lagi sekali, sebbaik la
takde caj apa-apa untuk tukar date tiket nih. Dari epot terus ke Yu Lan Plaza,
tempat nak wat keje nanti.
Yu Lan Plaza daripada bilik aku
0 Juta Kengkawan Dah Komen:
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :