18 Mei 2012 - Arini akan bertolak semula ke Miri untuk amik flight balik ke KL.. Terasa dah sangat lama tinggalkan Mr.Lee dan anak-anak, padahal baru 2 minggu dok wat network maintenance kat beberapa JANM negeri Sarawak ni.
Kul 9 pagi dapat call daripada pegawai pembantu Sel, bagitau ada beberapa pc user kt JANM Limbang ada problem lepas activekan rule dekat firewall semalam. Alahai, nape kul 9 baru bgtau, ntah sempat settle kan ke tak sbb kul 12.45 dah kena terbang ke Miri.
Sampai JANM tu, Sel pun dok membebel sebab staff tu baru bagitau ada masalah, nampak sangat kul 9 lebih br on pc wat keje.. Aku dh risau dah ni. Sel cakap tkpe nnt dia tlg hntrkan ke epot. Masalah tetap tk blh settle, Sel bg green light kitorang blah.
Walaupun Limbang ni pekan kecik jer, tapi waktu lunch camni, nak-nak pulak hari Jumaat, jalan agak sesak. Sel tak henti-henti membebel, sama cam aku masa driving.. Biasa la pompuan kan.. Hahahaah... Sel guna jalan lain, so tak dapat la aku nak tunjuk kat Harris perkampungan atas sungai Limbang tuh.
Seperti dulu, bile masuk je epot, terus Sel hulurkan plastik berisi buah tangan. alahai, dah la tolong hantar, siap ada ole-ole lagi. Kali ni Sel kirimkan kuih cincin untuk Hananako sekali.
Sel yang super frenly dan sangat-sangat baek... Love u lots Sel !!
Babai Limbang, ntah bila nak datang sini lagi....
Dalam kul 1 lebih cmtu kitorang sampai kt epot Miri. Berlaku sesuatu yg tak terduga. Sementara tunggu Harris siap solat Zohor, aku lepak kat satu tiang. Kat tiang tu ada dua soket plug. So dapat la aku caj laptop & henfon. Bila aku on je plug tuh, satu epot terus blackout.. Huhuhuh... Aku pun cepat-cepat blah daripada tiang tuh. Wallawey !!!
Memandangkan flight balik KL lambat lagi dalam kul 7.45 malam gituh, so kitorang decide untuk kembali ke Pekan Miri. Aku dah survey dalam tenet, kat Miri ni kalo nk beli apa-apa makanan, boleh beli kat Tamu Muhibbah.
Macam-macam ada kat sini. Berkat ilmu tawar-menawar yag diperturunkan oleh Hananako, aku berjaya dapatkan kuih cincin dengan harga murah. Dah datang Sarawak ni, wajib la beli ikan terubok masin kan... Dua ekor saiz medium RM10, tiga ekor saiz sama RM12, tapi aku berjaya dapatkan dengan harga rm20 jerk. Hehehehe...Banyak jugak aku memborong, semua plastic-plastik
barang tu aku sumbat dalam beg plastic berzip cam aku beli kat Kuching dulu.
Senget benget bahu nak usung beg tuh.
Aku suka sangat gmabar nih, perasan cam model berjalan di tengah-tengah bandaraya New York gitew !!
Lepas tu makan kat Sugar Bun
Miri. Kali ni taknak makan nasi cam semalam, try nasik lemak Sugar Bun pulak.
Tak sedap mana pong.. Muak sangat lepas makan tuh...
Flight balik Kl kul 7.45 malam. Ujan turun dengan lebat sangat.. Yang bestnya, Air Asia sediakan payung untuk setiap penumpang guna daripada gate hingga ke tangga kapatebang, bukan bagi terus, bagi pinjam aje oke adik-adik... Masuk aje dalam kapatebang, suasana sangat berkabus macam kt Genting Highland tuh. Aku siap rekod video lagi, bukan aku sorang oke, berduyun-duyun penumpang tk lepaskan peluang rekod situasi kapatebang diselubungi kabus tebal cam tuh.
Dalam kul 10 malam camtuh, selamat sampai LCCT KL. Yang bestnya kali ni Mr.Lee datang jemput.. Thanks a million Bie !!
Kuih cincin
Ikan bilis yang segar dan cantik - rm10 sebungkus.. Satu aku kasik pengasuh
Ikan terubuk masin - seriously aku nyesal sesangat sebab tak beli banyak-banyak !!!
Sepotong ikan terubuk masin goreng... Berjejer air liur aku tengok gambar ni !!
4 Juta Kengkawan Dah Komen:
sungguh mggiurkan... terubuk masin itu... lg sedap klau +bawang goreng & perah limau... pergghhh
dah buat balckout blah ek kak..isy2..
oo..tu kuih cincin..sedap kan..
menangis tengok ikan terubuk tu..my favorite ooooo
alibukansetan : penyesalan datang bertubi-tubi sebab beli sikit sangat aritu.. huwaaa !!
iEyLa : dah tu takkan akak nak wat announcement akak la penyebab blackout itu, harus la akak blah kan.. hahahaha !!
alialisa : nanti klu zura g srwk lg zura belikan utk kolin ok... :=)
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :