28 Feb 2014

Happy 6th Anniversary To Zura & Lee

Pada hari ni, Jumaat bersamaan 28 Februari 2014, perkahwinan kami memasuki usia 6 tahun. Pelbagai pahit, manis, masam, kelat, tawar, payau telah kami lalui bersama.. Semoga rumahtangga kita dilimpahi kasih sayang dan cinta, sentiasa dirahmati Allah dan semoga jodoh kita berkekalan. Ameen... Malas nak bagi wish panjang-panjang kang korang ngutuk aku jiwang pulak, malu la sayerrr...





Sempena anniversary ni, In Sha Allah esok kitorang akan gi bercuti.. Percutian singkat dan lokasi yang dekat ngan KL je pun. Sebab tu beg pakaian kitorang kecik jer, lebih kurang saiz backpack anak-anak aku je. Kalu gi jauh-jauh kompom la beg besar dua tiga bijik, aku kan over !!! 







20 Feb 2014

Gelagat AA - Main Pasir

Selain daripada mandi sungai (klik SINI untuk baca entry pasal mandi sungai),  aktiviti feveret anak-anak aku time balik kampung adalah main kat luar umah mak aku. Memandangkan umah mak ni tepi sungai so tanah kat situ jenis berpasir. 





Lagi sakan main bila anak-anak kakak aku join sekali. 









Masa ni matahari baru kluar, embun pun belum kering lagi tapi dah gigih main masak-masak pasir ngan sepupu dia..



Mesti ada yang cakap "ewwwww, tak takut anak-anak kena penyakit ke biarkan dorang main tanah, main pasir camtu".. Hello, lepas dorang dah puas main, aku sental badan dorang dengan span mandi dan sabun Dettol, korek segala celah-celah kuku dorang.. Bagi aku biarlah dorang nikmati zaman kanak-kanak ni dengan pelbagai pengalaman. Kt KL ni mana nak dapat peluang main pasir.. Ibu dulu pun masa kecik-kecik camni jugak, so enjoy your childhood to the max yerk wahai anak-anak ibu... Dah besar sikit ibu ajar panjat pokok rambutan depan umah nenek ni pulok yerk..







17 Feb 2014

Hari Ahad Kami

Seawal kul 7 pagi aku dah gigih bangun siapkan bekal dan kejut anak-anak sebab dah janji nak bawak pergi mandi pool kat Putrajaya. Aku citer kat Mr.Lee kat Presint 2 pun ada gak pool dan kurang padat (tau pun lepas baca entry Lieya Latif aritu), tapi Mr.Lee tetap nak pergi pool kat presint 9 cam biasa sebab sana ramai orang, biar anak-anak bergaul dengan orang lain katanya. 


Bawak baju siap-siap sebab tengah hari ada kenduri kawen kat Dewan Seri Melati, Presint 3. 




Bagi naget seketul sorang, baru la tak bergasak bergaduh dalam kete...




Mula-mula jumpa kawan aku Rubi kat bawah umah dia kat Presint 17, pulangkan balik laptop dia yang aku pinjam selama 3 bulan ni. Dia ni kamceng aku masa aku terlibat dalm projek dengan Jabatan Akauntan Negara dulu.. Aku suka cucuk pinggang dia sebab badan dia banyak tulang.. Oii jangan lupa kasi akak kad jemputan kawen rubi ok !!




Masa dekat nak sampai pool Presint 9 tu tengok ada kebakaran kat bahagian belakang Petronas situ. Api takde tapi ada asap tebal je.




Dah sampai sana, rupanya pool Presint 9 ditutup pulak. Dah alang-alang sampai Putrajaya ni takkan nak balik umah kan. Aku suh Mr.Lee cari pool kat belakang PJH macam yang Lieya cite tuh. Kolamnya luas, air cetek je dan tak ramai orang pun.




Pakaikan sunblock kat anak-anak, balance tak abih guna masa pergi ke Pulau Manukan dulu.




Makbapak lain semua dok tepi-tepi perhatikan anak-anak dorang mandi..




Aku sorang je eksyen berjemor tengah panas mentang-mentang aku pakai spek itam..hahaahah !!




Suka anak-anak dapat main air, aku nak join mandi tapi aku malu.. Malu tapi mau kekdahnye...




Dah puas main air, dorang panjat-panjat pagar tengah panas pulak..aku tak larang pun, biarkan je anak-anak kena matahari, kan dah seminggu asek terperap dalam umah jer...




Kitorang mandi dan salin pakaian kat public toilet sini. Takut-takut aku guna toilet ni, mata asek pandang ke atas jer takut ada cctv, kang femes masuk youtube.. hahaahah !!




Alhamdulillah, senang dapat parking dekat Dewan Seri Melati tuh. Sampai-sampai je terus makan. Lauk kenduri ada ikan masin goreng, macam lauk kenduri kat Kelantan pulak. Aku nak amik nasi banyak sikit malu sebab aku tengok orang lain amik sikit je, pastu nyesal tak kenyang... Nasi dan lauk semuanye sedap...




Tinggi lampai nye ko Mimi, you make me feel soooo katik..Sob..Sob.. Terima kasey Mimi jemput kitorang makan kenduri kawen adik ko... Terima kasey Mimi sebab selalu layan aku merapu kat wassap.. Ingatku dalam doamu... (overnye macam ucapan majlis perpisahan plak !)





Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak : bagi ikan makan kat tasik dekat umah. Biasa kalu Mr.Lee keje shift malam, dia akan bawak anak-anak datang sini waktu pagi sebelum hantar gi umah pengasuh




Ikan-ikan keli kat sini besar-besar. Hanya makan makanan ikan je, kalu tabur roti dorang tak datang pun. Amboii berlagak ko yerk !!





Afieq tunjuk skill main teng-teng, kat kelantan panggil dekcok... Aku pun baru first time tengok Afieq lompat teng-teng, kagom kejap ...





Lompat punye lompat, akhirnya Afieq terkucil dalam sluar. Aduhai anak ibu.. hahaahahh !!!! Dia masih dalam proses menyesuaikan diri tak pakai pampers, baru nak masuk seminggu...





Esok aku blogwalking umah korang yer..arini semput gile tetiba banyak keje datang dalam satu masa tapi aku tak stress pun, still seronok dengan kesibukan nih. Balik karang nak masak gulai tempoyak ikan patin la, buh cilipadi banyak-banyak.. Ok, bye.. Sayang korang muachhhh muahhh !!



13 Feb 2014

Gelagat AA

Arini saje nak tayang gambar anak-anak.. Gambar diambil tiga tahun berturut-turut di atas toto yang sama, posisi terbaring yang sama. Nanti nak print besar-besar (ntah bile nak print, asek snap pastu peram dalam hard disk..hahaahaha !!)




Time dorang terbaring leka tengok tv, cepat-cepat aku snap



Aku cuit ko, ko cuit aku



Beberapa saat pastu tau-tau dah bergaduh sepak terajang...




Orang cakap abang ikut muka aku, adik pulak ikut muka Mr.Lee. Adil la tu sorang dapat satu. Takkan dua-dua nak ikut muka Mr.Lee je, aku pun nak jugak tengok hasil macam muka aku.. hahahaah !! Kalau gi mana-mana, ada orang tanya kembar ke ? Jawapan bergantung kepada mood aku. 
  • Time aku malas nak cakap banyak aku iyakan jer. 
  • Time mood aku rajin nak bercakap aku explain la "bukan kembar, tapi setahun dapat dua orang..ekspress la katakan.." Makcik-makcik yang dengar jawapan aku trus gelak. Betul la aku tak tipu, sebab lepas abih pantang terus lekat si adik.. Kelass ko jah.. OK, bye.. Hahahaahahaha !!


P/S : refer pada komen kak sura, yana yani & sheila kat bawah ni, untuk makluman korang,  abang lahir bulan Oktober 2010, adik lahir bulan September 2011. Tapi kalau dikira Oktober 2010 hingga ke September 2011 memang setahun time frame nya. Adik lahir masa abang umo 11 bulan. Tapi dorang takkan sekolah sama darjah sebab ikut dalam surat beranak tahun lain lain kan..



12 Feb 2014

Kengsom Ikan



Rasa cam pelik pulak bila dah lama tak share resepi kat blog. Hahahahah !! Aku beli ikan patin ni nak masak gulai tempoyak sebab terliur bebenor dengan entry masakan ikan patin tempoyak mek Lieya Latif upload aritu. Memang tu masakan fevered aku ngan arwah ayah. Tapi kansel pulak tukar kepada masakan kengsom bila tengok ada balance nenas lepas masak asam laksa penang.


Kengsom ni merupakan asam pedas style Siam. Orang belah utara kompom champion masak kengsom kan.. Aku kenal masakan kengsom ni pun sebab kawan aku Nur Azni asek dok upload gambar dia makan kengsom kat Danok…




Bahan tumbuk (better tumbuk daripda kisar ngan blender) :
Cilipadi hijau (ikut kepedasan masing-masing, aku buh segenggam)
Cilipadi kering (cili kering biasa pun boleh)
Sedikit Belacan
Beberapa ulas bawang putih
Seinci Kunyit hidup

Bahan lain :
Ikan – disiang, perap dengan asam jawa sebentar dan dibersihkan
Nenas masak – dihiris kasar
Air untuk kuah
Jus limau nipis
Air asam jawa
Sos Ikan
Bahan perasa

Cara-cara :
  • Satukan bahan tumbuk, air biasa, air asam jawa, sos ikan dan bahan perasa
  • Apabila mendidih, masukkan ikan dan nenas
  • Ikan dah masak, masukkan jus limau nipis dan tutup api. 





Senang gile nak buat. Makan ngan nasi panas dan telo dadar goreng garing-garing memang bertambah nasi dua tiga kali (aku kan perut stokin, memang la makan banyak....)



6 Feb 2014

Sungai Belakang Umah Mak

Best betol cuti panjang, pastu liat nak mampos nak gi opis balik. Kompeni bagi cuti free  ari Khamis, Selasa baru start keje balik, memandangkan big boss kompeni ni Chinese yang percaya pada feng shui, dia arahkan semua staff start keje pada pukul 11.30 pagi. Heaven betol ! (Lagi heaven kalau bos bagi cuti free sampai minggu depan, hihihih !!)

Hari pertama dan kedua stay kat umah mak aku kat Pasir Puteh, hari ketiga dan keempat baru balik umah mertua aku kat Wakaf Bharu. Untung kawen satu negeri, boleh ulang-alik dalam masa sehari jer. Hehehe.. Sebelah petang bawak anak-anak mandi sungai kat belakang umah mak aku. 

Pakai swimming trunk macam nak mandi kat swimming pool jer...


 Tangga nak turun ke bawah curam sikit, so kena make sure break kaki betul-betul berfungsi


Musim kemarau sekarang ni sungai pun cetek jerk. Kalau musim tengkujuh, air boleh cecah ke jambatan. Takut sangat dengan deruan air deras langgar jambatan tuh, macam ombak pantai je..



Belah sana dalam sikit, kebiasaan orang lelaki yang tinggal kat umah tepi sungai mandi kat sungai je siang dan malam.



Carik port best dulu...


Petang tu takde budak-budak lain. Biasanya petang camni, meriah la sungai....


 Geram nak join main air, tapi aku malu sebab orang dok lalu lalang kat atas jambatan tuh.. hihihihhi !!


 Air deras masa musim tengkujuh bulan 12 aritu dah sapu bersih semua sampah sarap tepi tebing sungai.. Kalau tak, ada je sampah menyakitkan mata...


Sekejap je mandi anak-anak tak tahan air sejuk sangat, maklumla ari daripada bukit kan..


Kenangan lalu : Gambar kawen aku pada tahun 2008 shoot kat atas jambatan sungai ni la.. 


Bila aku upload gambar anak-anak mandi sungai ni, ramai kengkawan dok cakap bestnye ada sungai belakang umah.. Tapi ntah nape aku tak rasa best pun, biasalah manusia jarang menghargai apa yang ada depan mata dia kan.. (Eh tetiba pulak..hahahahaha)



Lepas mandi, Mr.Lee belanja makan sup belut kat pekan Pasir Puteh. Sorry kalau gambar sup ni buat korang kembang tekak sebab ada sesetengah orang geli nak makan belut. Aku ni tolak batu ngan kayu je...