6 Apr 2014

Bukit Fraser : The Gap

Aku bangun tido masakkan nasi goreng sempoi guna perencah nasi goreng Adabi. Seawal kul 10 lebih kitorang dah check out. Untuk turun dari Bukit Fraser kena melalui jalan lain, jalan yang memang dikhaskan untuk turun sahaja. Bagus la tu kan, tak dela nak selisih dengan kereta yang tengah naik... Plan arini singgah kat The Gap sebelum balik umah. Hari pertama tak singgah walaupun dah jumpa The Gap dulu sebab nak kejar masa naik ke atas.


Masa nak turun ada nampak satu sekolah tamil.. Mesti tenang je budak-budak belaja, kelas sebelah hutan menghijau



Dulu jalan turun ni boleh digunakan untuk naik juga, sebab tu ada signboard Selamat Datang kat sini. Macammana aku boleh terlepas pandang kerusi batu kat signboard tuh, kalu perasan, kompom benti amik gmabar...dah kata camwhore kan.. hihihhihih



Bagi aku jalan turun lagi adventure daripada jalan naik, brek kereta make sure dalam keadaan tip-top ok. Jalan menurun yang menjunam, sempit dan bengkang-bengkok. Kalu yang jenis tak tahan tuh sila standby plastik beg muntah



Dah sampai kat sini jalan terbahagi kepada dua. Kiri ke Raub, kanan balik semula ke Kuala Kubu Baru.



Sempadan antara Selangor dan Pahang



Jambatan gantung betul-betul berhadapan The Gap



Ramai gak orang singgah amik gambar kat atas jambatan ni








Kalu wat wedding photoshoot kat atas jambatan ni pun ok gak..



Pemandangan The Gap dari atas jambatan. Siang nampak cantik, kalu malam 
kompom aku takkan tengok lama-lama punyer !! Hahahaahah !!







Perjalanan balik sunyi jerk, sama cam perjalanan masa datang aritu...




Pemandangan empangan Selangor yang ketandusan air...





Jumlah perbelanjaan percutian singkat kat Bukit Fraser :
Minyak kereta : RM50 (tapi tak abih pun, aku rasa dalam rm30 gitu je pergi balik)
Tol : RM3.60 (Jalan Duta - Rawang)
Studio Apartment : RM190
Tiket Menunggang kuda : RM10 x 2 = RM20
Beli Jajan :  lebih kurang RM20
Makan minum : takde sebab kami bawak bekal dari umah

Jumlah semua lebih kurang RM285 sahaja. Jimat dan murah kan...So boleh la korang pergi kat Bukit Fraser pasni.. Semua entri berkaitan Bukit Fraser boleh tengok kat link kat bawah :

1. Bukit Fraser : Pengembaraan Bermula

2. Bukit Fraser : Center Point of Fraser Hill (Pagi)

3. Bukit Fraser : The Paddock

4. Bukit Fraser : Puncak Inn Apartment / Silver Park Resort

5. Bukit Fraser : Allen's Water

6. Bukit Fraser : Food Garden & Taman Awam



13 Juta Kengkawan Dah Komen:

Mizz Aiza said...

wah.. memang murah kosnya zura.. kos paling tinggi pun untuk sewa apartment tu je kan..

Unknown said...

murahnye..xsampai 300 pun... boleh la pas ni kot nak menyinggah kat bukit fraser

Sura Mohd said...

ok la kan perbelanjaannya..murah..tapi bila la akak nak sampai bawak family..huhu..

Anonymous said...

Dear, macam mana u bergambar sekeluarga?? u ada bawak tripod atau ada personal photographer? klu bawak tripod, xkena rembat ke masa berposing maut?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura, wahh bestnya. murah pula tu. okey bookmark entri ni. hehee mana tahu boleh pergi nanti. ehhehee singgah menabung digi sini... terperanjat sheila buka komen boom daripada kak zura, hihi thanks sudi baca entri2 lama sheila ~~~

::EIDA:: said...

bestt kann fraser hills. hehehe. ida dulu pergi sane habis 4rat kahkahkah... kaki sopink betul!

Cho Zila said...

ooo ambik gambar kat jambatantu yerk.. akak haritu nak singgah tapi anak2 dah tidur. .boleh tidur lak... kalau budak2 takder tak bestler nak suruh mak dia posing cam tak kenajer.. ha..ha..
zura taman jepun di ipoh ada dua tau.. satu kat dalam taman dr seenivasagam dan satu lagi kat jalan tambun.. dekat area lumba kuda perak...dulu2 cantik ler sekarangni masih cantik tapi kurang terurus...

Akupenghibur.com said...

bestnya jalan-jalan ..belum pernah pergi ke sini

Bunda_nora said...

Seronok nyer...bunda belum pernah sampai...
salam ziarah dari bunda..

FarahFerraDotCom said...

amboi sedondon gitu satu family.. eh jimat banyak kan.. =D

Yana Yani said...

murah ye, boleh ajak en suami terjah sini pula
sedondon baju pergi balik ye, bebudak pun dah pandai bergaya tu
comel si abang n adik =)

lieyalatif said...

lengkap dan best review ko beb...ni yg boleh aku simpulkan lepas bace....

walaupun aku nak gi kursus jek senin ni sampai rabu tapi aku tetap take note entry ko nieh....sebab mmg tak penah sampai sane lagi.....tgh merisau pasal jalan tu...ayoyoyo kene setenbai plastik beg la aku sebelum melahar dlm kete kang hahahaahahah....

bagus korang ...perucutian yg save bajet gitu....aku pun jenis suke bawak bekal sendiri....senang....bersih pun bersih kan....

Nurul said...

Nrl x pernah pergi sini lagi... cam menarik je... siap ada budget tu yang bagus... ^__^

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :