26 Nov 2012

Warung Santai, Tesco Ampang

15hb November 2012 - Cuti Awal Muharram.. Sebelah malamnya Mr.Lee bawak kitorang ke Pandan Indah, umah kakak dia yang jugak merupakan kakak ipar aku untuk pass kad jemputan kawen anak kakak tiri dorang. Aku ngan anak-anak belum makan, terus aku google tempat makan best kat Pandan Indah nih. Terjumpa satu BLOG cerita pasal mee bandung paling best kat Malaysia ni katanye. Nama kedai tu Warung Santai, terletak dalam Tesco Ampang. So aku ajak la Mr.Lee gi sana.

Dapat parking dekat ngan pintu masuk walaupun public holiday. Pusing-pusing ground floor Tesco Ampang tu sambil usha lokasi Warung Santai. Rupanya bersebelehan ngan kedai nasi ayam Linda Onn. Ramai betul umat tengah makan kat Warung Santai, memang takde meja kosong. Sedey sungguh lalu menambahkan kelaparan yang sedia ada.. Terpaksa gi pusing tempat lain dulu. Tetiba tercetus idea nak gi wat booking kat kedai tu dulu.Maybe dah rezeki kitorang kot, baru je aku nak wat booking tengok-tengok ada meja kosong ngam-ngam untuk kitorang berempat nih. Terus duduk dan order. Lama jugak nunggu makanan sampai, anak-anak pun start wat hal. Sebelum anak-anak menggelepur hingga mampu mencacatkan selera makbapaknya, aku pun kluar g beli Kaya Ball kat gerai luar kedai makan ni. Sedap gak Kaya Ball ni..



Akhirnya makanan sampai....

Aku ngan Mr.Lee sama-sama order Mee Bandung. 

Sup ayam ngan nasik putih untuk hero-hero ibu.. Sup ayamnya banyak,siap tapau wat balik sebab tak abih makan

Sampai je makanan terus aku suapkan anak-anak makan dulu. Bagi dorang kenyang takde la dorang wat perangai kan.. Lagi satu nak biarkan kuah tu betul-betul meresap ke dalam mee, barula bertambah mantap gitu.. Memang sedap sangat-sangat la, serius tak tipu. Mr.Lee makan separuh je, dia cakap biasa-biasa jer. Eleh, padahal dia dah kenyang makan nasi ngan gulai lemak ketam sebelum keluar umah tadi, so aku tolong habiskan  mee bandung dia yang lagi separuh.(Untung Mr.Lee ada bini kuat makan perut stokin)

 Kuahnya yang pekat melekat, cukup segala rasa

Isi kandungan yang tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit, juz nice baby !!

Memang puas hati sangat ngan kualiti dan kuantiti mee bandung tuh... Tima kasih Eyriqazz for the suggestion. Sebab terlampau kenyang makan semangkuk mee bandung kepunyaan aku, separuh mangkuk kepunyaan Mr.Lee dan segelas air limau ais, aku tak mampu nak makan sup ayam tadi tuh. Sebab tu kena tapau wat balik umah.. Tima kasih Bie belanja kitorang mamam..

Sesapa yang nak datang makan sini, aku sarankan korang wat reservation terlebih dahulu ok, nak-nak lak kalu time cuti, kol dis number hokey  03 -9281 8173





6 Juta Kengkawan Dah Komen:

TS said...

nyummm...dapnye kak...
aduishh..saje wat adik terliur kan..
nak tggu die bwk tggu hidung die tumbuh dlu..hihi

AJ said...

Sama-sama..Owh,dah lama tak pekena mee bandung di warung santai ini..

alialisakreatif.blogspot said...

nice blog! nice pictures! ohsemm~

Zura said...

iEyla : memang sedap..sila terliur oke...


Eyriqazz : jom gi ramai-ramai open tebel gittew..


Kolin : tengkiyu <3

KAK RAINBOW said...

amboi sedapnya

Zura said...

Nurul : mmg sedap sgt mi bandung dia !!

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :