5 Nov 2012

Terengganu * Episod Permulaan *


11/9/2012 (Selasa)

Aku call Mr.Lee bagitau mulai Rabu, Khamis dan Jumaat aku dah tak masuk ofis, work from home kononnye. Mr.Lee cakap daripada aku dok kat umah tu ngan anak-anak, lagi baik datang kat tempat dia kat Terenggganu tu. Lagipun Hari Malaysia (16 Sept) jatuh hari Ahad, so bawak ke hari Isnin. FYI, sekarang ni Mr.Lee keje kat Terengganu pulak, tak tau sampai berapa bulan, yang pasti sampai projek kat sana siap la. Mr.Lee cakap nak balik KL amik kitorang, tapi aku ngan confident nya cakap boleh drive ke Terengganu ngan anak-anak esok, so Mr.Lee janji nak tunggu kitorang kat Cherating.

12/9/2012 (Rabu)

Aku rasa cam tak sedap ati pulak nak drive ke Terengganu ngan anak-anak yang tengah melasak hazab tak hengat tuh. Bukannya dekat Terengganu tuh.. 5,6 jam perjalanan tuh. Dah macam nak balik Kelate jer. Lagipun arini aku sibuk nak kemas umah dan cuci pakaian. Aku call Mr.Lee cakap esok baru nak drive gi sana. Kul 11 malam dapat sms drpd Mr.Lee cakap dia masa tu dalam bas on da way balik KL nak amik kitorang, wahh excited cmpr terharu aku. Maybe Mr.Lee tak sampai ati nak biarkan aku drive sorang-sorang kot.

13/9/2012 (Khamis)

Kul 11 pagi kitorang start bertolak ke Terengganu. Si Adik walaupun tengah cirit-birit, tapi takde meragam sepanjang perjalanan tuh. Sampai kat satu area dekat ngan Selesa Hill Homes, Mr.Lee suruh aku drive pulak sebab dia mengantuk sangat. Sebab tu tak banyak gambar-gambar best sepanjang perjalanan ke sana sebab aku yang drive.





Sampai area Kerteh, baru Mr.Lee tukar drive pulak. Abih lenguh badan aku drive daripada highway Karak sampai ke Kerteh, aritu bukan main confident cakap boleh drive dari KL sampai ke Kuala Terengganu sorang-sorang !!

Masuk area Paka, ujan turun ngan lebatnya. Satu perkara yang buat aku suka gile ngan Terengganu sebab negeri tu banyak pantai cantik dan jalan utamanya tepi pantai, sambil drive sambil cuci mata tengok pantai. Sebab tu kalu balik Kelate, kitorang prefer guna jalan pantai berbanding jalan highway tuh.






Kitorang sampai Kuala Terengganu dalam pukul 8 malam lebih. Mr.Lee tapau je makanan makan kt umah. Kitorang dok kat homestay yang company sewakan untuk Mr.Lee and the gang nya, jimat duit takyah nak sewa hotel. Hujan terus turun sampai ke pagi…

Bersambung....

2 Juta Kengkawan Dah Komen:

.: iEyLa :. said...

hamboooiii..kemain syok akk berjalan...
tp skrang ujan kan..xleyh nak lepak kat pantai sngt.. :)

Zura Lee said...

ha'ah, skrg musim ujan, nak berjalan-jalan belah petang leceh skit...

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :