7 Nov 2012

Terengganu * Episod Ketiga *


15/9/2012 (Sabtu)

Seperti semalam, kitorang tunggu Mr.Lee balik keje dulu baru dapat pegi jenjalan.. Memandangkan sebelah petangnya hujan, so kitorang tak gi jalan jauh pun, sekadar ke Pantai Batu Buruk ajer..

Setiap kali datang ke sini, mesti aku teringatkan kakak aku. Sekitar tahun 2004, masa tu kakak aku masih tinggal kt somewhere in bandar Kuala Terengganu dan cam aku bgtau sebelum ni, asal cuti semester je kompom aku akan datang lepak umah dia. Satu hari, dia balik keje, dia ajak aku lepak kat pantai ni. Aku cam heran nape dia bawak aku sorang, anak-anak dia tinggal kt umah jer. Masa tengah minum air kelapa yang sedap lagi berkhasiat, kakak aku bukak citer “abg Jit (abg kedua aku) bagitau adik wat balik seseorang kat umah raya puasa aritu”… ooo patot le bawak aku sorang jer, nak korek-korek cerita pasal Mr.Lee rupanye.. masa tu kitorang baru berkapel… heheehehehe.. Ok, stop citer pasal kenangan tu hokey, kite fokus pada masa sekarang pulak…

Suasana pantai Batu Buruk ni agak meriah jugak walaupun baru lepas hujan. Ada aktiviti tunggang kuda, naik kereta kuda padi dan macam-macam lagi la.. Aku terus beli Lok Ching. Lok Ching tu satey ikan, aku tktau la korang panggil nama ape… sedapnye cicah ngn sos manis dia..



Lepas tu Mr.Lee kekonon nak bawak kitorang makan nasi ayam yang femes kat foodcourt kat depan pantai tuh, tapi kedai tu tutup plak… takpe la Bie, kita makan tempat lain la klo cmtuh… Last-last aku ajak Mr.Lee makan kat kedai Siam semalam. Malam ni aku try sup perut ngan nasi putih. Erk, nape rasa perut tu tak mantap cm malam tadi ? Mr. Lee pun order yang sama, terliur tengok aku makan bihun sup perut malam tadi la tuh.. hahaahaha !!... Total makan minum malam ni RM20, lebih seringgit daripa malam tadi, mungkin sebab aku order nasi putih tu kot..

Lepas makan tuh, kitorang pegi beli barang sikit kt Mydin Mall. Hazabnya ya rabbi mencarik parking, mungkin sebab weekend kot.. Besar jugak Mydin Mall Terengganu ni, lebih kurang saiz Mydin Mall kat Subang Jaya tu… Ramainya umat manusia kat dalam Mydin ni, nak jalan pun susah, harga barang murah la katakan, weekend pulak tuh..



Memandangkan malam ni tak ujan, so kitorang lepak sekejap kat I-City Pulau Warisan. Pulau Warisan ni merupakan pulau buatan manusia yang terletak di belakang Kampung Cina.Di tengah pulau ini terdapat sebuah terusan untuk memudahkan bot-bot seperti perahu dan penambang untuk ke pulau ini. Sebuah jeti untuk mengambil dan menghantar pelancong yang menyusuri sungai Terengganu (river cruise) juga terdapat di terusan air ini. Pulau ini akan menjadi satu destinasi singgah aktiviti menyusur sungai (river cruise) yang bermula dari Taman Tamadun Islam.Tapi sepanjang 5 hari aku kat Terengganu nih, tak pernah pulak aku tengok ada aktiviti river cruise tu. Mungkin sebab sebelah petang selalu hujan hingga ke tengah malam kot.
Kalu nak tengok pemandangan Pulau Warisan waktu siang boleh tengok kat SINI

Kecik je I-City Kuala Terengganu ni, jangan expect grand macam I-City Shah Alam pulak yerk. Berhadapan deretan pokok-pokok lampu tuh, ada jambatan pendek menghubungkan Pulau Warisan tu dengan mainland. Pintu gerbang jambatan tu cantik jugak, ramai orang bergambar kat situ.








Bersambung.....










0 Juta Kengkawan Dah Komen:

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :