7 Nov 2012

Terengganu * Episod Keempat *



16/9/2012 (Ahad)


Walaupun hari ni hari Ahad tapi Mr.Lee and the gang tetap keje. Biasalah keje kat site kan.. Memandangkan asal petang je ujan dan menyebabkan kitorang tak boleh nak gi jenjalan tempat best, tengah hari ni aku call Mr.Lee mintak dia balik awal sikit sebab arini kan public holiday, takyah la keje sampai kul 6 cam ari biasa…. Mr.Lee cakap Ok.. Terer jugak aku ni dalam bab memujuk hubby…

Seawal kul 4 petang Mr.Lee dah balik, yey !!.. Petang ni dia cakap nak bawak kitorang jenjalan kat Masjid Kristal yang terletak kat dalam Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.


















Bile masuk kereta di perkarangan masjid tuh, aku baru perasan sesuatu. Ntah macam mana boleh pulak selipar aku hilang sebelah… tk tau tercicir kat mana misteri betol !!

Lepas tu kitorang try pulak makan kat satu kedai kat Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang. Main redah je berhenti kat situ, sebab kitorang tengok ramai betol orang makan kat situ. Kedai tu warna pink, ruang masaknya dipisahkan dengan dinding kaca sahaja, so boleh tengok la aktiviti memasak dan semua tukang masaknya lelaki. Aku order sup belut dan Mr.Lee pulak tomyam campur dan telo dadar. Total makan minum malam tu RM23. Mr.Lee cakap sup belut aku tu RM10, mungkin agak mahal tapi berbaloi sebab tu belut original sawah, bukan belut pelihara dalam sangkar, isinya besar dan banyak, siap boleh kongsi makan ngan Mr.Lee lagi… Sedap hokey !!




Lepas makan tuh, Mr.Lee bawak kitorang pusing-pusing bandar lagi.. Malam ni aku bertekad nak cari sampai jumpa lokasi Kuala Terengganu Waterfront tuh… Dah 2,3 malam dok pusing bandar cari, tapi tak jumpa… Ikot navigation google map pun tak jumpa. Tapi ntah macammana, rezeki kot, akhirnya jumpa jugak. Yey !! Sebabkan dah malam, aku tak dapat tengok keindahan persekitaran tempat tu cuma boleh tengok globe yang  bertukar warna je la, ok la kan daripada tak jumpa langsung kan.. Rupanye ia terletak kat Mukim Pulau Kambing, belakang Bukit Puteri.







Bersambung.....

2 Juta Kengkawan Dah Komen:

.: iEyLa :. said...

teringinnye nak ke sane..
eyh..bdk tecik tu pelik tgk mama die duk mesra2 kt situ..hiks..

Zura Lee said...

hahaahaha, beliyau terkasima tgk aksi gedix makbapak beliyau !!

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :