12 November 2012 - Minggu ni ramai yang bercuti panjang sebab Selasa cuti Deepavali dan Khamis cuti Awal Muharram, dah alang-alang tu terus sambung cuti seminggu la kan.. Nak-nak lak sekarang cuti sekolah. Jalan raya lengang jer, aku sampai opis kul 9 lebih pun masih banyak lagi parking lot kosong, i likee !!
Masuk je opis, Zah dok ajak Akmal makan nasi arab sebab aritu Akmal janji nak belanja makan kalu duit claim overtime dah dapat. Mula-mula kitorang plan nak gi makan kat Restoren Saba' kat Cyberjaya tuh. Masa tengah google map ke sana, ada sorang staff bagitau tak elok makan kat situ... Terus tukar tempat, paling dekat ngan opis ialah Mr.Kabab & Biryani, Presint 15.
Setiap meja ada ukiran nama Mr.Kabab |
Macam-macam pilihan nasi.. Potion nasi memang banyak, sepinggan boleh share dua orang makan.. Tapi kalu jenis selera macam bela antu raya, dua pinggan pun belum tentu kenyang, hahahahaa !! |
Kalu rasa taknak makan nasi, boleh makan makanan yang lebih ringan cm dalam menu kat atas nih.. |
Jus tembikai (Akmal), Jus Mangga (Aku) dan Milo Ais (Rubi) |
Lunch hour memang ramai betul orang makan kat sini |
Beef Sheesh Kabab - Daging dia hamis sikit bagi aku.. |
Chicken Boti Kabab.. Zah yang order, aku cuit makan sikit ayam dia, sedap ayam dia |
Lamb Biryani Rice - aku yang order. Nasi dia memang banyak, lauk ditimbus kat bawah nasi |
Sos buatan sendiri - Sos tomato dan sos cili, dua-dua tawar heber jer... |
Akhirnya lauk kambing naik ke darat |
Makan ngan tangan baru feel hokey !! |
Close-up Lamb Biryani Rice aku |
Jumlah kerabakan poket Akmal tengah hari tuh.. Tengkiyu sebab belanja kitorang makan dan bawak kitorang naik Preve baru ko tuh.. |
0 Juta Kengkawan Dah Komen:
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :