7 Jun 2013

Sabah - Monsopiad Cultural Village

Entri Sebelum : Signal Hill Observatory Platform / Bukit Bendera KK

Lepas checkout, kitorang menghala ke Penampang untuk melawat Monsopiad Cultural Village pulok. Ikut itinerary yang aku dah buat, kitorang akan singgah ke Double Six Monument untuk amik gambar dan lunch kat foodcourt sebelah monument tuh. Tapi kansel sebab takot tak cukup masa.

Dari bandaraya KK nak ke Penampang tu jem teruk. Rupanya ada eksiden ngeri.. Ingatkan kat KL je teruk kalu ada eksiden semua pakat nak tengok.. Ntah camne la keadaan penumpang keter tuh, dah la keter baru, huhhuhuh...


Sikit info pasal Kampung Budaya Monsopiad (kredit to Abg Zaid) : Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 May 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala bernama Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad merayau sejak tiga abad yang lalu.

Bila dah sampai kat Pekan Putatan, nampak je Kedai Perabot Mentari sebelah kiri, terus amik simpang sebelah kiri tuh. Make sure korang alert dengan signboard tu ok sebab kalau dah terlepas simpang yang ni, korang akan amik jalan jauh untuk sampai kat Kampung Budaya tu iaitu masuk melalui Pekan Penampang. 


Nak sampai ke Kampung Budaya ni kita akan melalui kampung-kampung.. Aku risau gak takot sesat ke haper... Signboard ada banyak kat tepi jalan tuh... Setengah jam jugak la baru sampai sini..


Masa mula-mula sampai, suasana sangat sunyi sepi.. Macam tak meriah jerk.. Dah alang-alang sampai, masuk jela.. Bayar entrance fee RM55 sorang pastu tulis nama kat registration book. 


Lepas tu awek yang jaga kaunter pendaftaran bawak kitorang ke rumah Posiginsiman untuk berhenti minum sebelum guided tour dijalankan. Kat sini disediakan air kopi, teh dan tuak / arak buatan dorang sendiri. Free jerk. Tapi kalu nak minum air tin atau air mineral yang kat dalam peti sejuk tu kena bayar la, harga cam kat kedai biasa jerk. Mamat yang kat kaunter la tourist guide kitorang aritu.


Mula-mula kitorang dibawa melawat batu suci ni. Batu ni diamik daripada Gunung Kinabalu. Aku dah lupa ape fungsi batu tuh. Buluh yang dipacakkan sekeliling batu tu tempat letak kepala yang dipenggal oleh Monsopiad. Kepala dibiarkan kering hingga tinggal tengkorak saje.. Aku nak dengar mamat ni bercerita pun tak fokus sebab anak-anak sibuk berlarian sana sini.. Tambat kat tiang buluh baru tau !! Hahahaha !


Ni pulak tempat nak memproses tuak / arak buatan sendiri. Kat atas tu ada semua bahan-bahan mentah. Kat belakang tu pulak peralatan tradisional dan dapur untuk buat arak tuh. 


Yang Mr.Lee pegang ni la tuak / arak dorang tuh. Ada macam-macam warna sebenarnya. Posing eksyen saje, kennot minum hokey !!


Tempat penghasilan sagu. Tu la ulat sagu yang femes tuh. Afieq terkagum sekejap tengok ulat depan mata..


Sihat sejahtera tol ulat-ulat tuh.. Tapi tak boleh lawan kebesaran ulat sagu yang aku tengok kat Sri Aman Sarawak dulu. Refer SINI. Tourist guide cakap kalu nak makan kena buang kepala, kalu makan ngan kepala, ulat masih mampu hidup dan bergerak riang di dalam perut korag.. Wallawey, geli aku !!


 Tak kena sasaran la Bie.. Kecik-kecik dulu tangan tak bedung yerk..?


Sumpit target ke buah yang digantung.


Aku pun nak terai jugak. Berat wey sumpit tuh, kayu apentah dorang guna ni.. Hujung besi tu nanti diguna untuk tikam binatang yang dah lemah kena sumpit beracun.


 Selamber je mamat ni naik benda alah ni, laju pulak tuh padahal pakai selipar licin.. Eleh, dia boleh la blagak sebab dari kecik lagi dok praktis...


 Terkangkang-kangkang Mr.Lee... berjaya la jugak dia jalan selangkah dua pastu terbongkang ke tanah..


 Aku pulak sampai ke sudah tak boleh naik langsung...


 Lepas dah puas main ngan mainan buluh tadi, kitorang dibawa ke Rumah Tengkorang / House Of Skulls

 Sungai ni memisahkan Kampung Budaya dengan perkampungan biasa.


The House Of Skulls ni terletak kat kawasan lain. Kena cross jalanraya baru boleh sampai sini. Sebelah rumah ni ada rumah generasi ke-7 keturunan Monsopiad. 


 Jemput masuk yerk kengkawan...


 Tengkorak ori yerk adik-adik. Tengkorak yang dah dikeringkan kat dalam tiang buluh tadi akan digantung kat alang rumah ni. Pada zaman dulu, lagi banyak tengkorak, lagi gagah perkasa la orang tuh. The more, the merrier uolls !!


Ni tengkorak original orang utan. Suku kaum ape ntah yang buat ukiran pada tengkorak ni...


Dah abih melawat House Of Skull tu kitorang patah balik semula ke Kampung Budaya untuk tengok persembahan kebudayaan pukul 2 petang nanti. Masa ni memang panas membahang sangat. Basah kuyup abih ketiak semua orang macam baru lepas lari lompat berpagar...


 Pentas persembahan. Takde dinding, so angin bertiup kencang berjaya mengeringkan ketiak kami semua..hihihih..


 Afieq penonton paling depan sekali tiket VIP, kau hado ?


Penari, tourist guide dan pejaga kaunter adalah orang yang sama. Multitask la staff Kampung Budaya nih.. Persembahan ni amik masa selama setengah jam. Lepas abih persembahan, kitorang diberi peluang untuk bergambar dengan penari semua.


Sebelum blah, posing kat jambatan gantung jap...

 Jambatan yang menghubungkan Kampung Budaya dengan perkampungan biasa. Kitorang takde la gi terjah kampung sebelah tuh...


Mamat yang main alat muzik tadi tengah wat demo menghasilkan api guna habuk kayu..


Masa kat sana, aku rasa cam tak berbaloi pulak bayar RM55 untuk masuk ke Kampung Budaya nih. Dah la kecik je kawasannya. Tapi bila aku tengok balik gambar-gambar ni semua, tak menyesal pulak. Ntah bila lagi aku akan dapat pengalaman dan ilmu ni semua kan... So pejam mata jela duit yang dah dikeluarkan tuh.

On da way balik semula ke KK, ternampak signboard Lok Kawi Wildlife Park. Bila aku cakap temapt tu macam zoo, trus Mr.Lee nak singgah tapi aku tak bagi singgah sebab anak-anak tengah tido, masa dah makin suntuk pastu kitorg belom lunch lagi....

Bersambung...



12 Juta Kengkawan Dah Komen:

y@N@^y@Ni said...

Wah seronok nyer dapat jalan jauh...tak pernah lepas lagi...bila dpt pegi agak nyer =)

Sura Mohd said...

Waa..akak x pernah sampai Sabah pun lagi..seronoknya zura dpt jenjalan ngan family cam ni..:)

Zura Lee said...

Yana Yani & Kak Sura : Zura dulu pun tak sangka boleh datang bercuti kat Sabah.. Jom kita menabung utk gi bercuti..hihihih...

Mizz Aiza said...

tengkorak tu menakutkan.. huhu.. apa la rasa makan ulat tu ya?

NinaAz said...

Gulp. Ulat tu buat mnn keaaa

~SaTo OrEo~ said...

lebih kurang cam kampung budaya sarawak gak eh dlm ni.. :P wow tengkorak org utan tuh..skeriiii..

Zura Lee said...

Mizz Aiza & Nina : lupa plak budak tu ada cakap rasa sedap tau ulat tuh...geli wey !!

Sato : Orang cakap Kg Budaya Sarawak berganda-ganda lagi besar drpd monsopiad nih.. Monsopiad ni kecik je ok..

anna alaui said...

byk tmpt akak g kan?

Zura Lee said...

Anna : Berkat wat research selama 6 bln pasal sabah, tu yg blh berjalan merata sabah tuh...hihihi...

wawa syaida said...

waaaa seronoknya....ngeri kat ulat tu, batu suci + tengkorak...wawa tak pernah sampai lagi ni

Zura Lee said...

Wawa : akak tak rasa apa2 masa tgk tengkorak tuh, maybe akak ni tkde perasaan kot..hahahaha...

luvly diaries said...

salam kak..nak pergi masuk nie terus walk in masuk ke atau booking siap2 ke macamana..?

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :