12 Jun 2013

Spageti Tomyam ZuraLee




Arini aku nak share resepi spageti tomyam. Sekali tengok gambar-gambar ni semua kompom korang kata ni spageti bolognaise kan...hihhihih... Dulu opismate wasap gambar spageti tomyam dia beli kat kafe bawah opis, aku ingatkan spageti berkuah tomyam, tapi spageti mcm bolognaise tapi rasa tomyam.

So aku buat la satu. Aku main bedal je ramuan semua, tapi alhamdulillah sedap...



Bahan-bahan :

- Daging kisar atau seafood atau kedua-dua sekali
- bawang besar ngan bawang putih dicincang halus
- minyak zaitun
- perencah tomyam
- sayuran cam cendawan butang dalam tin, capsicum, jagung muda, cilipadi, serai dan daun limau purut
- garam dan serbuk stok ayam
- sedikit air perahan limau / air asam jawa
- sedikit air kosong
- spageti / fettucine yang telah direbus, gaulkan dengan minyak zaitun untuk mengelakkan ia kering

Cara masak :

- Tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun.
- Masukkan daging kisar
- Masukkan sedikit sahaja air, pastu masukkan perencah tomyam.  Untuk enhance lagi rasa tomyam, masukkan cilipadi, serai yang diketuk, daun limau purut dan air perahan limau / air asam jawa.
-Bila dah mendidih, masukkan cendawan butang, jagung muda dan capsicum dan bahan perasan.
- Bila kuah dah agak pekat, boleh angkat dan curahkan kuah ke atas spageti tadi..

Senang sangat nak buat kan.. Campak-campak jerk... Sedap sgt, pedas-pedas masam gitu.. Aku prefer yang ni berbanding bolognaise sebab bolognaise tu masam-masam tomato buat aku rasa muak sangat...




Selamat mencuba... Yummy mummy !!

20 Juta Kengkawan Dah Komen:

NinaAz said...

Mak aiii. Terliur aku tgk wehhhh. Buatla utk ak sekali.deleveri tmn connaught ehhhg

Zura said...

Nina : hahaahaha... sedak sengoti nih...

Mizz Aiza said...

sedapnya.. terliur pula aiza tengok..

Zura said...

Aiza : try la buat satu..senang sgt...

~SaTo OrEo~ said...

menarik juga... lain dr yg lain.. ari tu makan kat sweetchat spagethi daging salai masak lemak + spagheti black pepper..boleh tahan sedap..huhuh..

Zura said...

SAto : aku prnh tgk menu tu kt sweetchat, tp tk berani nk order takot tak sedap...aku dok teringat spageti carbonara ko yg ada telo goyang tuh..

wawa syaida said...

alahai nampak sedapppnnyyyy spageti ni...selalu beli...tapi nampak yang ni aiii boleh tak lena tido ni...esok nak gi cari...terserlah kemalasan wawa nak masak kat situ hihi ^_^

Unknown said...

zura, sedapnya! nak ambil resipe..nanti free nak try buat..

dah follow sini balik =)))

lieyalatif said...

Wahhhhh pes time tgk...lieya suke tomyam2 ni....

Dgn pantas daku copy resepi...nak coba..nak coba....

Zura said...

Wawa : buat la satu, senang jerk, blh buat byk2, makan smp muak..hihihh..

Firda : sila sila terai buat yerk..

~SaTo OrEo~ said...

ahahah.. ko kena cuba terbaik gak spagheti kat sweetchat tuh.. tp takleh lawan spagethi carbonara telur goyang tuh lah.. (T_T) my favouritee..hehehe..

Yana Yani said...

alahai...lapor plak dok nengok gambo camni...ndak buat mls...order blh? hehe =)

Tengkubutang said...

adoiii.. baru je mkn td.. udah lapo balik tgk gambo nih.. resepi mcm senang j.. nak try lah nanti.. heee..

FarahFerraDotCom said...

Nampak mmg sedap..nnti nak try jugak la resepi zura nie..mmg fav i tom yam nie.. ;p

alialisakreatif.blogspot said...

wah..rupa hotel masak tu..
kerlass ko nyah!

suria lekatlekit said...

saya penggemar spaghetti.. terliur tengok. memang nak cuba la buat

Zura said...

Lieya Latif, Yana Yani, Tenku Butang, Mrs Secretary, Kolin & Suria : cer try buat, kompom korang akan berterima kasey ngn zura yg chantek ni sbb share resepi.. hahahahaahah

Unknown said...

fisrt time dengar ni..n nampk pun macam sedap....nak buatnye malas..tapi xpernah jumpe pulak kat mana2 kedai

Zura said...

Miss Sheyla : memang sedap ok..hihhihi..

Nik said...

sedap ni. dah la nik mmg sukaa spegetti.hehe

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :