23 Apr 2013

Sabah - Air Pancut Berirama

Entri Sebelum : Sabah - Gayang Seafood Restaurant

Bila perut dah sendat dengan segala hidupan laut beraneka masakan, kitorang pun balik hotel. Masa ni jalan jem teruk jugak la sebab orang dah balik keje dah. Rasa cam dok kat KL pulak. Masa dalam perjalanan balik ni ternampak la signboard Bukit Signal yang femes tuh. Takpe, esok kita terjah Bukit Signal tuh.

Lepas mandi dan rileks kejap, kitorang keluar semula. Sebenarnya lepas mandi tu aku terlelap sekejap, bangun tido terus cergas bersemangat nak keluar. Itinerary malam terakhir ni adalah pegi tengok Air Pancut Berirama di Perdana Park, Tanjung Aru. 

Persembahan air pancut berirama ni sama macam kat KLCC punya, boleh tengok setiap malam dan ada 4 set persembahan semuanya :

Set pertama : 7.00 malam - 7.10 malam
Set kedua : 7.30 malam - 7.40 malam
Set ketiga : 8.00 malam - 8.10 malam
Set keempat : 8.30 malam - 8.40 malam.

 

Kitorang sampai dekat kul 7.30 malam, so dah terlepas set pertama. Tunggu je la set kedua. Jom tengok gambar-gambar air pancut yang sangat gorjes nih. Pancutan air ni ikut rentak muzik yang dimainkan. Speaker bapak punye besar kiri kanan tasik ni.







Kat sini ada jugak air pancut mini. Air dia sentiasa memancut tak kira masa, tapi tak grand cam air pancut utama tengah-tengah tasik tuh.



Perdana Park ni berhadapan dengan Kota Kinabalu Airport Terminal 2. Cer tengok pada screenshot google map yang aku dah conteng kat bawah ni. Perdana Park ni cam taman rekreasi biasa la, ada orang jogging, ada playground segala. Parking kete pulak Rm0.50 sejam. Mr.Lee cakap parking kete murah gile tak berbaloi buat persembahan air pancut meriah gitu. Dah kalu parking kete mahal kang sape nak datang jogging sini Bie !!



Kitorang tengok dua set persembahan jer. Pastu terus g Pasar Malam Kampung Air. Malam ni tak hujan, so suasana kat pasar malam tu lebih meriah. Aku gi sana sebab nak beli seluar jeans untuk anak-anak jerk tapi terbeli gelang mutiara ngan brooch pulak. Dasar tangan tak lekat la duit ko nih !!
 
Bersambung....

Entri Seterusnya : Sabah - Rumah Terbalik, Tamparuli


18 Juta Kengkawan Dah Komen:

Mizz Aiza said...

wah.. cantiknya air terjun.. aiza pun suka aksesori mutiara juga.. :D

Mizz Aiza said...

ops tersasul plak.. bukan air terjun, tapi air pancut.. hehe.. :D

Zura Lee said...

Mizz Aiza : takpe akak paham aiza tersasul sebab excited tgk kegorjesan air pancut tu kan.. akak pun jakun jugak aritu...hihihih

azizah :) said...

cantik kan kak.. hari tu jijah pon ada pegi..asben bawak.. masa tu lagu anak kampung berjoget2 air pancut tu ikut berirama..cantik sangat!

Zura Lee said...

ha'ah, betul tu Jijah.. Cantik dan meriah.. Kebanyakan lagu dalam bahasa Sabah..

Sura Mohd said...

Salam..teringin pulak nk tengok air pancut berirama..:)KakSura dh follow sini..:)

whitecappuccino said...

cantiknya air pancut ni! akak juga suka milo!

Mizz Aiza said...

aiza singgah lagi.. kita sebaya la kan? aiza kena panggil zura la.. hehe.. :D

alialisa said...

alahai hari tu masa kolin pergi tak sempat tengok...bestnyer

Zura Lee said...

Whitecappuccino : milo ais tabur mmg best gile..

Mizz Aiza : tima kasey sbb singgah lagi..

Kolin : rasanye kt KLCC lagi grand kot...

NinaAz said...

Aahlaa. Mcm y kt putrajaya..
Haishhh. 50sen sejam tu ok sgtttt. Kalaulah parking kt lcct pun 50sen sejam... balik kelate fly la ninaaa. Haha

Zura Lee said...

Nina : kat putrajaya pun ada gak ke air pancut berirama ? tk tau pun...

.*.WiE.*. said...

memang best duduk sini tengok air pancut berirama ni.. anak2 pun suka..

nik ros said...

cantiknyer. warna warni lagi tu.menarik

❤Kamsiah❤ said...

cantiknya...meriah sekali...
salam kenal tuan rumah..

tenku butang said...

wahhhhhhhhhhhh.. sgt bestttt!! suka gak tgk air pancut mcm nii

Zura Lee said...

.*.WiE.*. , Nik Ros, Kak Kamsiah & Tenku Butang :

Memang cantik betol air pancut tuh kan... :=)

Nicole Balboa said...

Hi,sesapa dtg ke Kota Kinabalu Sabah,yg ingin mencari kreta utk jalan2 area kota kinabalu atau trip ke kundasang,boleh WhatsApp sy 01126899385..sy ada membuat trip ke smua area kota kinabalu termasuk trip ke kundasang..

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :