29 Apr 2013

Sabah - Rumah Terbalik

Entri Sebelum : Sabah - Air Pancut Berirama Perdana Park, Tanjung Aru

Arini ari terakhir kitorang berada di negeri Di Bawah Bayu nih.. Sedih wey , taknak balik rasanya tapi kena balik jugak sebab poket makin sengkek, mencik la, huwaaaa !!! Agenda pertama untuk arini adalah pegi ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Kalu ikotkan plan, kitorang sepatutnya pegi ke Rumah Terbalik ni pada ari kedua, tapi aritu HUJAN  lebat tak hengat punya, terpaksa kansel la.Sebbaik ari terakhir ni ada masa nak gi sana semula.



Rumah Terbalik Sabah ni merupakan rumah terbalik pertama di Asia Tenggara dan nombor ketiga di dunia. Kagom tak ?? Senang sangat nak carik tempat ni. Dari KK, guna jalan yang sama macam nak pegi ke Kundasang. Bila dah sampai kat roundabout Tuaran memang dah boleh nampak signboard direction ke sana. Tempat ni berhampiran dengan stesen minyak Shell dan Sekolah Menengah Tamparuli. Nak lebih info korang boleh klik sini SABAH TOURISM

Seawal kul 8.45 pagi kitorang dah sampai sini. Tiket masuk RM10 untuk dewasa. Budak kaunter tiket siap mintak IC aku untuk pendaftaran katanya, kalu bukan warganegara Malaysia cajnya RM18. Seingat aku, aku pernah baca dalam blog mana ntah bagitau kalu taknak masuk dalam umah tu tak yah bayar tiket, boleh posing kat kawasan luar umah. Tapi masa aku pegi tuh, nak masuk pintu pagar umah tu pun ada orang tunggu nak check tiket. Sebelum pakcik tu lubangkan tiket, aku mintak nak amik gambar dulu.. hihihihhi...


Masuk je pintu masuk utama terus jumpa restoren. Masa ni restoren belum bukak lagi. Sebelum terjah ke Rumah Terbalik tuh, kitorang posing dulu dengan keter kancil terbalik. Plat Negeri Johor kancil ni, nape tak guna kancil plat Sabah ?? Konfiius di situ....



Sebenarnya kalu ikotkan peraturan memang tak dibenarkan amik gambar / berada di bawah kete kancil tu. Mana la tau kot-kot kete tu tetiba tertanggal dan hempap korang kan, tak pasal-pasal masuk Harian Metro.


Sekejap je kat bawah kete tu trus terjah bintang utama lawatan ke sini. RUMAH TERBALIK.



Kecik je kawasan depan umah ni. Ada dibuat pelantar untuk elakkan pelawat pijak kat atas rumput tuh. Lawatan ni diiringi seorang pemandu pelancong pompuan pakai kain batik, tapi kat dalam kain tu dia pakai legging, kelas ko Jah !!!!

Pelawat diminta palu gong sebagai tanda memaklumkan kedatangan kitorang pada tuan rumah. Aku bergilir-gilir palu gong tu ngan Mr.Lee sebab kitorang jakun..Kat Sabah ni banyak tempat buat gong. Sampai je kat depan pintu rumah, pelawat perlu bagi salam dulu menandakan kita sebagai rakyat Malaysia yang beradap sopan. Masuk umah tu takyah bukak kasut pun.


Kat dalam umah tu tak dibenarkan amik gambar. Maybe nak mengekalkan nilai eksklusif rumah tu kot. Kang kalu amik gambar nanti orang lain tak eager nak masuk tengok camner keadaan dalaman umah tuh. Semua benda terbalik kecuali ekon. Benda paling berat yang diorang lekatkan adalah mesin jahit..  Sekejap je kat dalam umah tuh, dalam 15 minit je kot.. Takde la luas mana pun umah tuh.


Korang masih berpeluang untuk bergambar dengan barang-barang terbalik tapi kat belakang umah ni jela cam basikal, pasu bunga dan ampaian baju..


Jalan keluar daripada umah ni akan membawa korang ke kedai cenderamata dan cafe. Ada fridge magnet, t-shirt, postcard semua.. Nyesal pulak aku tak beli postcard tu.. Padan muka aritu kedekut nak beli, sekarang dah nyesal tak sudah !! Harga makanan kat cafe tu agak mahal sikit..








Tak lama pun kitorang kat sini. Masa kitorang nak kluar tu ada rombongan baru sampai. Tak meriah mana pun suasana, mungkin sebab hari bekerja kot. Ni kali pertama dan rasanya kalu datang Sabah lenkali aku dah tak nak datang sini lagi dah, cukup sekali je sebagai tanda kitorang pernah datang ke sini..

Bersambung....

Entri Seterusnya : Menara Tinjau Bukit Signal




9 Juta Kengkawan Dah Komen:

NinaAz said...

Pusing kepala tgk gambar. Heheheehehe. Ok lala kan rm10 jeaa. Merasa laa palu gong yeaaa. Hehehehe

Zura Lee said...

NinaAz : cam boring jer tempat nih.. mungkin zura tak pandai nk mentafsir nilai keterbalikannye itu.. hahaahahaah

NURUL JAMIAN said...

rasa nak repeat pergi sabah lagi hari tu tak pergi pun rumah terbalik tu sebab tak tahu. tak boleh ke amik gambar kat dalam rumah secara curi2 amik gambar? hehehe

Zura Lee said...

Nurul : dalam umah tu dah ada penjaga dan tourist guide pengiring kitorang pun ada jugak, so mmg tkde chance nk curi2 amik gmbr ler...

~SaTo OrEo~ said...

unik juga tapi consider mahal sket kot tiket rm10? huk huk.. gambar zura amek lawa2.. guna camera dlsr eh? :D

Zura Lee said...

Sato : Zura pun rasa cam RM10 tu mahal..hihihhi.. gambar2 ni semua ada amik ngn dslr ada ngn S2 nih..

fatin nuraini said...

rumah terbalik nih dkt x dgn jambatan tampatuli tu ;) hadoii la pening la nak buat itinerary 4D3N nih ;p....kitorang plan hari ke 3 baru nak bertolak ke kundasang

Zura Lee said...

Fatin : aritu saya ada gk plan nk g jmbtn tamparuli tp tk jmp lokasi dia... So saya tk tau jmbtn tu dkt ke jauh drpd rumah terbalik ni. Tp klu tgk kt google map mcm dkt je.. :-)

Rosma Azila said...

yesss i was there hehehe

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :