Entri Sebelum : Sabah - Kabus Di Kawasan Bukit
Kalu kat area Tamparuli tadi tu hujan lebat tak hengat punyer, sampai je area Sepanggar hujan dah tak lebat sangat tapi still gerimis mengundang gitu...Masuk je area bandaraya KK nampak langit mendung sangat menunggu giliran nak ujan lebat...
FYI, Sabah Electricity tu syarikat yang manage eletrik Negeri Sabah.. Kat sana takde TNB macam kat Semenanjung.
Dulu aku survey banyak jugak la hotel yang murah-murah kat KK nih, akhirnya aku pilih Hii-5 Hotel sebab rate murah, tengah-tengah bandar dan interior decoration nya cam modern sikit, tak nampak macam hotel bajet langsung.Boleh refer kat SINI
Aku pilih Family Room (dua katil queen) RM298 untuk dua malam. Family room tu groundfloor, bagus la takyah susah payah nak angkut barang turn naik lift. Ruang bilik tu luas betul, puas la anak-anak main kejar-kejar kat dalam tuh. Katil yang luas, selimut tebal, bersih.. Memang cukup selesa la untuk kitorang. Lagipun kitorang bukannya 24 jam terperap dalam bilik, banyak masa habis kat luar... Ada segala kemudahan yang basic cam LCD tv, coffee maker, tuala, cermin dinding besor gabak dan sebagainye.. Even hotel ni terletak kat deretan kedai, tapi senang jer kitorang dapat parking kete, maybe sebab hotel ni terletak kat corner lot dan masa tu weekdays.
Lobi yang moden. Bilik kitorang belakang cermin belakang sofa tuh..
Queen bed tepi dinding untuk Afieq dan Ashraaf
Queen bed ni pulak untuk ibu dan abah..
Angkut barang masuk dalam bilik, fresh-up dan lepak kejap pastu keluar gi makan. Masa ni hujan baru turun lebat betul...
Bersambung.....
4 Juta Kengkawan Dah Komen:
waa..rajin berjalan gak zura..hehehe.. bleh geng ni. :D
Sato : kalu berjalan-jalan perabihkan duit yang tak banyak ni memang hobi zura ler.. mmg geng Sato la nih...
hotel ni kat area mana ye
Nurul : hotel ni dalam kawasan Kampung Air, jalan kaki jerk nak g pasar malam yg femes tuh....
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :