11 Apr 2013

Sabah - Sabah Tea Farm

Entry Sebelum : Sabah - Kinabalu Pine Resort (2)

Masa gi pulangkan kunci nak check out, aku tanya receptionist direction ke Ladang Teh Sabah. Dia siap bagi peta yang resort buatkan sendiri. Memang senang je nak gi sana, amik jalan yang sama nak ke Poring Hot Spring yang femes tuh melepasi pekan Ranau. Jalannya terus je.

Jalan kat pekan Ranau tu jem sikit sebab aritu ada tamu atau pasar minggu. Rasa cam nk singgah je tapi tak boleh sebab kitorang kan kejar masa, banyak lagi tempat nak pegi, kalu singgah pun bukannya aku nak beli apa-apa, saje gedik nak cuci poket eh mata.

Sampai kat pertengahan jalan, korang akan jumpa simpang nak ke Poring Hot Spring, nak g kolam air panas tu kena belok kiri, tapi kitorang nak gi ladang teh kena teruskan perjalanan takyah masuk mana-mana simpang la. Jalan kat sini kecik jer, macam jalan kampung biasa. Masa kitorang lalu banyak tempat tengah buat road reconstruction, jalan lubang sana sini..Anak-anak sedap la sambung tido balik kat seat belakang. 



Akhirnya sampai jugak kat Ladang Teh Sabah. Daripada pintu masuk, kitorang terpaksa mendaki bukit yang tak berturap langsung, jalan bukit tu pulak mencanak lebih kurang 50 darjah kot, gile curam !!... Memang hazabedah sangat nak masuk ke sini. Kitorang yang guna keter bau kedai lagi ni pun semput nyawa sampai ke atas.




Betul la cakap blogger-blogger yang ladang teh sini tak secantik ladang teh kat Cameron Highland. Nak posing kuch kuch hotak hei kat celah-celah pokok teh pun tak berselera...




Kat sini ada kedai yang jual pelbagai produk teh, attached sekali dengan cafe. Kilang pemprosesan teh pun kat tepi ni je.





 

Kemudahan sekolah tadika, gelanggang tenis, rumah pekerja dan klinik kecik disediakan dalam kawasan ladang nih, maybe sebab nak keluar ke pekan Ranau tu agak jauh daripada sini. Ada jugak rumah panjang, Mr.Lee dok merengek nak masuk tengok, rumah panjang tradisional katanye, tp aku pulak cam malas nak masuk sebab hari Rabu (4 April) nanti kan nak gi Monsopiad Cultural Village, boleh tengok rumah panjang kat situ jela.. Bie amik gmbr kat luar umah panjang jela yerk..

 

Sabah Tea 20 uncang - RM2.50, Rainforest Tea 40 uncang - RM4.00

Sekejap je kat sini, terus gi tempat main ngan anak hekan pulok (bunyik cam rozita cek wang pulok yerk)
Bersambung.....



4 Juta Kengkawan Dah Komen:

ieyda said...

Sedehnya ieyda xpenah smpai Sabah...cantik2 tempat kat sane, tingin jgk nak smpi ke negeri di bwah byu tu..

Zura Lee said...

Insha allah nanti ada rezeki ieyda sampai sana... sabah mmg best !!

shah_izan said...

murah yea teh sana
klu CH dah ler harga mcm kat bwh, siap ada tax lg
Pastu minum air kat sana, mcm nak tersedak jerk bila tgk harga
hahahha

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan  ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB Wassalam

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :