15 Apr 2013

Sabah - Anjung Senja Foodcourt

Entri Sebelum : Sabah - Hii-5 Hotel Review

Hujan masih turun mencurah-curah lagi. Ikutkan itinerary aku, lepas kitorang rehat kejap kat hotel patutnya kitorang gi posing seround dua kat Segama Waterfront, tempat yang ada tugu ikan todak kat tengah roundabout depan hotel Hyatt Regancy. Tapi dah hujan camni gilo apo nak bergambar kat situ.

Traffic masa ni agak sesak sebab hujan dan kebetulan pulak waktu orang balik keje. Kitorang terus gi Anjung Senja Foodcourt. Dari Pasar Filipina tu straight je sampai ke hujung. 


Aku memang dah plan nak g Anjung Senja tu sebab nak makan Pisang Cheese yang femes tuh. Alhamdulillah senang je kitorang dapat parking petang tuh, betul-betul depan foodcourt. Gerai yang jual Pisang Cheese tu nombor 10. Masa kitorang sampai tu dorang baru nak start bukak kedai, sekejap je kitorang duduk terus penuh gerai tuh. Kebanyakan meja memang order Pisang Cheese.

 Gerai No.10 ni mengadap jalan raya...

 Hujan masih turun renyai-renyai

 Ada dua jenis, yang biasa atau tambah coklat.. kitorang order Pisang Cheese Chocolate

 Pisang Cheese Chocolate yang sangat mantopssssssss !!! ..

 Set nasi dengan udang sweet sour Mr.Lee punya. Dia share makan ngan Afieq

Set nasi dengan sotong goreng cili kering. Aku share makan ngan Ashraaf.

Sesungguhnya sahih lagi nyata tanpa syak wasangka bahawa Pisang Cheese ni memang sedap. Rasa cam tak cukup satu set padahal aku dah kenyang makan nasik dah. Mr.Lee suruh tapau bawak makan kat hotel tapi aku taknak sebab kalu dah sejuk tak best pulak nanti...

Gerai-gerai foodcourt ni ada yang mengadap jalanraya, ada jugak yang mengadap laut. Masa tu kan tengah gerimis lagi, banyak kedai tak dapat susun kerusi meja dorang kat luar. View mengadap laut China Selatan tu memang superb !!!





Bersambung....


4 Juta Kengkawan Dah Komen:

Anonymous said...

salam kak, sy nk pergi sabah hujung bulan ni. sy tgk entri kak ni mmg lengkap. sy nk tye, selain dri tpt yg akak pegi ni, ade x lg tpt yg best2 kt sabah ni.

Salwana Yeop Dzawahil said...

Zura..boleh bg email (nak tanya info sikit)..saya akan ke sabah pada Sept 2014

Zura Lee said...

salwana & anonymous : apa2 soalan boleh emel kpd sy

zura133@gmail.com

Zulkk Racman said...

Roger kalu dtg sbh

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :