9 Apr 2013

Sabah - Desa Cattle Farm

Entry Sebelum : Sabah - Pekan Nabalu (Kali Pertama)

Kitorang hampir-hampir je terlepas simpang ke Desa Cattle Farm nih. Langsung takde signboard mengatakan korang dah sampai kat Pekan Kundasang. Aku aware dah sampai Kundasang ni pun sebab ternampak signboard direct ladang lembu nih, dah la signboard ni kecik jer. Ladang lembu ni jauh ke atas gunung, jalan dia tak berturap elok sangat, tapi still ok. Kitorang kan dapat kete sewa baru, so takde hal la nak naik ke kawasan ladang lembu nih. Kalu kete yang tak berapa baru tu agak semput jugak la nak naik ke sini.



Desa Cattle Farm ni ladang lembu susu terbesar di Sabah. View kat situ super duper  fantastic. Kalu ko amik pastu cakap kat opah ko yang ko melancong kat New Zealand kompom orang tua tu pecaya tanpa usul periksa. Aku tuduh ntah-ntah iklan susu Fernleaf dulu shooting kat sini je, tapi propa kata lembu New Zealand, hihihhihi...

Tiket masuk sini RM4.00 seorang. Kalu nak wat wedding photoshoot kena bayar rm100.00.
 
Seawal jam 1.30 petang kitorang dah sampai Desa Cattle Farm. Memang aku dah plan siap-siap dah nak kena sampai sana sebelum pukul 3 petang, sebab pukul 3 petang semua lembu-lembu dah beratur untuk diperah, so ramai blogger nasihatkan sampai awal supaya dapat posing time lembu berkeliaran atas padang. Sampai sana tengok semua lembu dah beratur untuk diperah. Tinggal sekor dua je tengah lepak atas padang.


Anak-anak sedap tido, ape lagi, makbapak sakan la posing fefeeling zaman bercintan dedulu la. View tempat ni sangat-sangat-sangat-sangat mabeles hokey !!.. Nyaman je angin gunung bertiupan dikelilingi kabus.










Kul 2 lebih gitu kitorang gerak ke kawasan kilang pemprosesan susu lembu. Lembu-lembu dah lama beratur untuk diperah, tapi tak perah-perah pun lagi. Lama sangat nunggu, aku ajak Mr.Lee and the boys pegi tengok anak lembu dan anak kambing dulu.















Akhirnya kul 3 lebih baru proses pemerahan susu dimulakan. Sebelum diperah, pekerja akan pancut air paip pada kaki lembu untuk bersihkan kaki lembu tuh. Masa kena perah tuh, dorang bagi lembu tu makan dedak dan minum air banyak-banyak.






Sekejap je kat kilang tuh. Beli susu segar dua kotak dan sekotak popcorn, terus keluar ke ladang sambung posing sampai abih idea camne nak posing lagi dah.. hihihhii..









Tiga jam lebih kitorang spend masa kat ladang lembu ni... Serius tak tipu aku rasa cam sedih sangat nak keluar daripada ladang lembu ni. Ntah bila lagi aku boleh tengok dan posing kat New Zealand tiruan ni.. Sob sobb soobb...




20 Juta Kengkawan Dah Komen:

Tengkubutang said...

cumeynye anak2 awk.. kembo ke diorg?

Zura said...

tenku butang : pegi mana2 pn org akan tanyer soalan sama cam awak..hihih..dorang tak kembar tapi beza 9 bulan je.. kira cam setahun dapat dua orang anak la..hihhih...

alialisakreatif.blogspot said...

OII..LAWA NYER GAMBO!!

Zura said...

Kolin : dah tak yah buang duit g new zealand, sabah pong cantik sgt kn...

anna alaui said...

yeaayy...akak gi pun time kabus tak kuat jugak....clean n clear..npk view..tp ada kabus best jugak kak...sejukkkk....hehehe...

ana xgi pun tgk anak kmbing n ank lembu tu sbb time tu tutup...

Zura said...

Ana : best sgt view kat sini kan... 3 jam kitorang lepak kat sini smp taktau nak amik gmbr gaya mcmmn lg dh..hihihhih

~SaTo OrEo~ said...

aduss bestnya.. tetiba rasa nak gi sabah plak ni.. (*_*)

Zura said...

Sato : sila la pegi sabah, kompom tak nyesal...

KAK RAINBOW said...

paling best dairy farm. sampai sekarang teringat2

Zura said...

Nurul : sgt sgt setuju dengan nurul.. Ladang lembu tu mmg terbaek view dia !!

Mehmet Wie said...

woo.. macam kat new zealand la..

Zura said...

Wie : Aritu g kundasang Abg Wie tak sempat nk gi ladang lembu ni kan... takper, ada alasan la nak repeat g sabah nanti.. hihihhih..

umminani said...

WAH...bestnya....mmg cantik sgt gambar dlm ni, teruja lah. -nani-

Zura said...

Nani : aritu zura lepaka kt sini je dekat 3 jam ok...sejuk je udara dia..mmg rs tknk blk..

umminani said...

zura..ni kami anak beranak tgh layan blog zura..tq

umminani said...

zura, baru jer beza beberapa bulan, compare pic zura disini dgn pic kami, bnyak penambahbaikkan di buat. Kat batu besar tu ada kerusi duduk2x lagi.

Zura said...

Nani : ye ker ? ni yg wt zura rs nk repeat sabah nih.. hihihihhi..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Suka betul baca blog Zura ni... penulisan yg kelakar, gambar pun cantik2...
one more thing..cantik style awak posing...
Kami sekeluarga nak gi Sabah awal bulan 3, 2014 ini....
entry Zura byk membantu saya...tima kasih ye :)

mimie said...

kat KK hotel apa yg selesa & murah.anak sy umur 8 & 9.klu blh whatsapp sy 0177742545.sy plan ke sabah hujung tahun ni

Unknown said...

Byk hotel murah kt sabah

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :