Entri Sebelum : Sabah - Kundasang War Memorial
Lepas siap tapau makanan untuk malam nih, kitorang cepat-cepat ke Kinabalu Pine Resort. Aku dah siap book bilik kat sana bulan Februari lagi. Kat sini kena book awal sebab selalu full house. Mungkin sebab lokasi resort yang mengadap Gunung Kinabalu tapi rate yang affordable. Korang boleh refer kat sini Kinabalu Pine Resort.
Mula-mula aku cam nak tak nak je stay kat sini, konon cam mahal la (padahal ko tangkai jering Zura !!) Tapi sebab tak tahan godaan cerita-cerita best forumer Cari pasal resort nih, terus aku tergoda nak book. Aku pilih Superior Standard Room sebab ramai forumer dan blogger rekomenkan yang tu kalu nak dapat view terbaik. Segala urusan booking ni aku buat melalui emel dengan staf KPR pastu bankin kan full payment kat dorang. Settle... Asalnya nak cepat-cepat sampai kat KPR ni sebab nak posing seround dua kat kawasan KPR tuh, pastu tak jadik pulak sebab penat sangat, so berehat kat bilik je...
Bersambung....
Mula-mula aku cam nak tak nak je stay kat sini, konon cam mahal la (padahal ko tangkai jering Zura !!) Tapi sebab tak tahan godaan cerita-cerita best forumer Cari pasal resort nih, terus aku tergoda nak book. Aku pilih Superior Standard Room sebab ramai forumer dan blogger rekomenkan yang tu kalu nak dapat view terbaik. Segala urusan booking ni aku buat melalui emel dengan staf KPR pastu bankin kan full payment kat dorang. Settle... Asalnya nak cepat-cepat sampai kat KPR ni sebab nak posing seround dua kat kawasan KPR tuh, pastu tak jadik pulak sebab penat sangat, so berehat kat bilik je...
Blok yang mengadap Gunung Kinabalu
Nombor bilik kitorang...
Lepas checked-in, baru nak masuk bilik trus nampak puncak Gunung Kinabalu.. masa ni pukul 4.58 petang.. tapi sekejap je.. tak sampai setengah jam kabus terus tutup puncak gunung...
Queen size bed untuk ibu ngan abah.. Sebabkan aku ni ibu mithali (pengsan !!), aku booked sekali ngan extra mattress untuk dua orang superhero tuh.. Kang kejung la pulak dorang kalu tido atas lantai je. Kat sebelah katil ni ada tingkap kecik untuk tengok puncak gunung.. Gile best !!!
Ruang untuk mekap mekapan dan wardrobe. Macam bilik kecik tapi takde pintu.
See-thru shower yang ada dalam bilik toilet...
Setiap bilik ada balkoni sendiri. Blok P, Q dan R semua balkoni mengadap Gunung Kinabalu. Terbaek la.. sangat berbaloi dengan duit yang mengalir keluar..Highly recommanded !!
Superhero tengah melawat kawasan... Bilik sebelah takde orang, sakan la dorang berlarian kat balkoni depan bilik tuh...
Mr.Lee cakap "kan best kalu kita ada umah kat sini, petang-petang boleh lepak kat balkoni sambil makan goreng pisang..".. ok nanti kita kumpul duit banyak-banyak beli tanah 2,3 ekar kat sini yerk bie...
Mr.Lee minum kopi, aku pulak layan teh Sabah sambil mengadap Gunung Kinabalu di Sabah.. Kelass ko jah !!!
Sayap ayam bakar yang beli kat pekan Kundasang tadi. Aku beli 5 ketul, Mr.Lee amik satu, anak-anak taknak makan, so aku tibai semua.. dasar perut stokin sangat !!
Nasi goreng ayamg yang rege rm6.00 tadi. Sedap memang sedap makan panas-panas dikala petang yang membeku ni, tapi yang tak best ketulan ayam goreng tu keras kejung ok..
Menjelang pukul 6 petang suhu makin menurun, makin sejuk... Sebelah malam tu hujan lebat gile tak hengat punye, makin la bertambah sejuk. Aku siap install temperature application kat telefon sebab nak tau suhu sebenar kat sana.
Hambek ko, 19 darjah celsius !!.. Suhu yang sempurna untuk aktiviti pembiakan umat manusia... hihihhihih...
Aku tersedar tengah malam tengok-tengok Afieq pegang tangan adik dia masa tido.. So sweet... Gaduh-gaduh pun sayang jugak...
Bersambung....
11 Juta Kengkawan Dah Komen:
best jugak kak Pine resort ni..sesuai utk family kan? sweet giler gbr dorang tdo tu...
part pembiakan umat manusia tu mmg BEST...hahaha..
Anna : acara itu adalah wajib dik.. hahahaahah
Berapa semalam zura??
Mrs Secretary : bilik tu rate dia RM230, pastu zura tmbh tilam satu RM23 = RM253 termasuk brekfes yg yummy !!
Ok..bilik zura yg mengadap gunung ker? dah tel tnya..harga berbeza ikut view.. huhuhu ;p
assalam, sis i review you punya blog mmg best. then i also booked the same place for my family vocation next week. tq
Mutiara Kasih : tima kasih sbb sudi singgah blog zura yg tk seberapa nih... hepi holiday !!!
tq sis. Salam perkenalan yer. Ada masa boleh bersua. Nani - 012-4430338
Assalam sis. Boleh x nk mnx no kontek kpr.try kol yg 088 nye no invalid la.
Btw,nice holiday u had
Aishah
Salam aishah,
Aritu saya tk call pun, cuma berbalas emel je dgn diorg. emel address KPR ada dlm link kt atas tuh...
terbaik kak...dapat jadi penanda aras utk saya dan kuarga bercuti ke sabah
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :