18 Apr 2013

Sabah - Pasar Malam Kampung Air

Entri Sebelum : Sabah - Kepak ayam Bakar Pasar Filipina

Tengah aku sedap-sedap bergulingan atas tilam empuk dalam bilik hotel, Mr.Lee yang tadi keluar g sapkok masuk bilik pastu cakap "Jom ibu kita keluar jalan-jalan.. Kita gi jalan kaki je kat kawasan dekat-dekat sini je.."  Aku terus on je, apa barang lepak dalam bilik hotel kalu datang jejauh kan, walaupun dalam itinerary aku malam ni takde nak gi mana-mana pun.

Sebbaik la ada bawak stroller, so no worries nak gi ke mana je ikut kaki gajah ni. Kitorang kluar ikut pintu belakang hotel. Trus tercetus idea bernas daripada kepala jendol ni, "Ape kata kita gi pasar malam Kampung Air yang femes tu Bie ?".. Mr.Lee on je... (kalu dia tak setuju nasib la dia dengar aku merungut sampai ke Subuh esok..hihihih)...

Masa tengah carik info pasal Sabah dulu, aku konfius, asek ingatkan Pasar Malam Kampung Air ni sama dengan Pasar Malam Sinsuran.. Rupanya TIDAK SAMA hokey. Pasar Malam Sinsuran tu dekat dengan Pasar Filipina. Pasar Malam Kampung Air tu pulak dekat kawasan Kampung Air. Kalu google kompom takde ok.. Cikai sungguh google map nih.. hihihhih !!.. Sila rujuk pada screenshot google map yang aku dah conteng kat bawah ni. Lokasi Pasar Malam Kampung Air tu terletak kat jalan yang aku kalerkan pink, berhadapan dengan hotel De Galleria dan Maybank Islamic.


Hujan dah berhenti.. Jarak antara Hii-5 Hotel ke pasar malam tu lebih kurang 5,6 minit jer. Highly recommanded kalu jalan kaki je sebab parking kete kat situ sangat terhad. Ada blogger cakap pasar malam ni tutup awal. Masa kitorang sampai ni lebih kurang kul 7.15 malam, ramai je peniaga baru nak bukak gerai. Maybe sebab awal tadi hujan lebat kot.. Dan maybe sebab tulah tak banyak gerai dibukak malam ni.. Takpe la.. Bukannye aku nak borong sakan pun.

Barang yang paling femes kat pasar malam ni opkoz le mutiara dek non !!... Boleh juling nak pilih. Harga pulak, korang harus memiliki skill tawar menawar yang dasyat kalu korang nak dapatkan harga yang best. Dalam bab-bab bargain takyah malu, tebalkan muka anda setebal kulit tapak kaki kerbau ok..




Baju-baju yang ada logo I Love Sabah dan sewaktu dengannya tu aku tak dapat bargain kaw-kaw.. Semua gerai tetap dengan harga yang sama. Sehelai Rm28, dua helai RM40... Ntah-ntah dorang dah berpakat kot. Lagipun tak banyak gerai jual baju camtu sangat kat pasar malam ni. Kitorang memang takde masa nak gi Pasar Filipina, tu yang kitorang terus beli sepasang t-shirt kat situ je. Forumer Cari ramai cakap harga t-shirt kat Pekan Nabalu jauh lagi murah daripada KK.. Aku gi PEKAN NABALU aritu tak cek pun harga t-shirt...


Masa aku sawan memilih brooch mutiara, tetiba hujan turun semula. Masa tu baru renyai-renyai, tapi aku tetap sakan menjulingkan mata nak pilih mana satu yang cantik. Aku beli brooch jer, takde beli pun rantai ke gelang ke subang ke, sebab kompom menjadik tukun membiak sawang je nanti.. Bukannya aku pakai pun...

Tips yang aku nak share dengan korang pasal pembelian mutiara : (ini semua poyo !!)
  • Masa beli mutiara tu, korang kena gosok-gosok sikit (jangan sental ok kang ngamuk pulak penjual), nak tengok mutiara tu senang tercabut tak daripada brooch tuh. Biasa la sebab harga dia murah kan, so kena dabel check la kualiti gam yang digunakan.
  • Peniaga bagi pilihan kita boleh campur-campur brooch yang kita berkenan, pastu dia akan masukkan dalam kotak cantik. Masa dah bayar tuh, korang bukak balik kotak tu yerk, tengok balik betul ke tak tu brooch yang korang dah pilih tadi. Sebab ada blogger yang dah terkena, bila sampai hotel tengok peniaga dah tukar brooch yang dia pilih dengan brooch lain yang tak cantik (shilakak betol peniaga itu kan..)

Perlu di'highlight'kan kat sini bahawa kat Pasar Malam Kampung Air ni takde dijual beg-beg anyaman ye. Sila beli dekat Pasar Filipina atau Pekan Nabalu. Sebbaik aku dah beli satu kat Pekan Nabalu aritu... Pasar Malam Kampung Air ni lebih kurang cam Uptown kat KL la..

Souvenir yang paling femes : fridge magnet & keychain. Keychain kat sini 8 ketul RM10 jer, kalu kat Pekan Nabalu 3 ketul RM5.. Design sama je pun..

Lepas tu hujan makin lebat pulak seakan-akan tidak mengizinkan untuk aku melicinkan sisa-sisa duit dalam purse dengan lebih gigih lagi. Sampai je bilik trus urut badan anak-anak dengan minyak panas dan pakaikan stokin, dengan harapan dorang tak demam sebab banyak lagi aktiviti nak buat kat KK ni.


===============================
Hasil rembatan kat pasar malam nih :

 Brooch untuk kakak aku dan ipar duai.. Aku sendiri pun takde.. Huwaaaaaa !!

 Butang baju melayu untuk abang-abang dan ipar duai aku.. 

 Keychain untuk kengkawan...

FM sikit je aku beli..Aku sendiri pun tak caya..

Bersambung....


18 Juta Kengkawan Dah Komen:

~SaTo OrEo~ said...

terbeliak juga bijik mata nak memilih kalo ngadap kerongsang mutiara banyak2 camtu..huhu.. :D

anna alaui said...

memang rambang mata...tp xtau psr mlm ni kt mana...:)

Zura said...

Anna : Akak pun jenuh tau google here and there lokasi pasar malam ni..akhirnya ada jgk blogger bgtau lokasi dia...

Zura said...

Sato : memang juling dan lama jgk la nak memilih design yg berkenan di hati... hihihihi...

KAK RAINBOW said...

pendapat nurul pasar kampung air lebih murah dr pekan nabalu dan pasar filipin mcm kalau nak beli key chain, gelang. kalau baju tak sure pulak. nurul ada komen entri sabah zura lama2 teruja tgh korek2 dok baca ni

Zura said...

Nurul : amboi sepantas kilat Nurul datang yerk.. tima kasey byk !! dlm tgh tak sehat pun nurul gigih baca blog ni...

Alham said...

satu lagi kena tengok elok2 sama ada brooch kita tu betul2 mutiara atau tak, biasa kalau murah dan bulat yang cantik je, tu bukan mutiara tapi manik..kalau mutiara dia xbulat sangat...(mutiara air tawar murah sikit) kalau mutiara air masin dia bulat betul dan mahal...

Zura said...

Alham : mmg yg murah tu mutiara air tawar.. blh plk akak tu nak kencing aku, cakap mutiara air masin tapi rm15 je utk gelang.. mmg aku tak hingin la nak beli !!.. dia igt aku tk buat research dlu kot sblm g sabah.. hahaahaha

Mizz Aiza said...

aiza suka aksesori berasaskan mutiara&kristal.. cantik.. :D

Unknown said...

Terkenang eden kat brooch akak beli tu.. Mao borang gak bln 5 ni ha.. Kira camne tu kak?....

Zura said...

Bear Kontot : brooch tu rm5 satu, tp bile campur sedozen jdk rm35 jerk.. blh mintak kurang lg tuh.. kena pandai bodek la.. hihihi

Zura said...

Mizz Aiza : sorry zura miss look ur comment.. biasa la pompuan kan suka aksesori cmtu.. hihih..

Unknown said...

keychain mane errkk yg murah??.
kat nabalu park??..psr filipin??
sye nak beli dlm 70 buah kot..heheh

Zura said...

Bella Gomezs : aritu zura tak pergi pasar filipin. Tempat yang banyak cenderamata ialah Pekan Nabalu, bukan Nabalu Park. Kat pasar malam kg air ni pun keychain nye murah2 jugak...

shura shushi said...

Salam U, i copy gambar U, letak dalam blog i dan dikreditkan kepada U :))

Anonymous said...

Pasar mlm ni buke2 setiap hari ker?

shah_izan said...

i g kk last year
mmg betul psr mlm kg air lg murah dr psr filipina
giler kentang dibuatnya
tp psal duit dah borong beli brg kering mcm ikan bilis
tpaksa ler lebih byk tgk dr mbeli
huhuhu

Blogger said...

SAYA MAS ANTO DARI JAWAH TENGAH.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI BODAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI BODAS DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI BODAS…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI BODAS<=…
>>>085-320-279-333<<<






SAYA MAS ANTO DARI JAWAH TENGAH.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI BODAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI BODAS DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI BODAS…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI BODAS<=…
>>>085-320-279-333<<<

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :