12 Apr 2013

Sabah - Pekan Kundasang & Pekan Nabalu

Entri Sebelum : Sabah - Tagal Moroli, Kampung Luanti Baru

Lepas dah puas menjamu daki kaki kat ikan kelah gergasi tadi, kitorang patah balik ke Ranau untuk ke bandar KK. Masa tu pekan Ranau dah tak berapa jem macam pagi tadi, maybe sebab dah tak ramai orang pegi ke tamu kot.

Dari Ranau teruskan perjalanan pastu singgah kat pekan Kundasang. Semalam tak sempat nak beli buah-buahan segar kat situ sebab tak sabar nak check in kat KPR , lagipun bekalan dinner dah banyak takot tak termakan pulak buah tu semua. Macam Cameron Highland gak, pekan Kundasang ada deretan gerai jual buah dan sayur segar.





Bila dah gerak keluar dari Kundasang ni rasa sedih sangat..harap-harap ada rezeki nak datang sini lagi... Traffic jadi slow sebab kena ikut belakang lori yang semput mendaki bukit... Sempat la aku snap pemandangan sekitar Kundasang ni.



Sesambil tu kitorang balun buah-buah segar yang beli kat pekan Kundasang tadi. Sedap wey., dah la kebulur belum lunch lagi..


Kitorang singgah sekejap kat Pekan Nabalu. Semalam tu kitorang singgah untuk posing dan suapkan makanan anak-anak je. Tengok SINI. Arini kitorang singgah sebab nak usha barang-barang yang dijual kat sini. Ramai forumer Cari bagitau harga barang kat sini jauh lebih murah daripada KK, kena pandai survey dan bargain kaw-kaw la.







Tengah aku dok pilh-pilih anak monyet tu tetiba datang sekor anjing besar gila tinggi paras peha aku.. mencicit la aku lari. Takot wey !!... Pekan Nabalu ni memang banyak anjing, bersepah-sepah... Keychain kat sini 3 ketul RM5, kat Pasar Malam Kampung Air KK pulak 8 ketul RM10. Selain beli anak monyet untuk anak-anak, aku beli beg anyaman rm25, besar jugak.. Masa aku beli tu cam tak puas ati je rasa, kot-kot jumpa yang lagi murah kat KK nanti.

Bersambung...


6 Juta Kengkawan Dah Komen:

anna alaui said...

buah tu kt mana kak?aritu tak jumpa pun..

Zura said...

Anna : gerai kat tepi jalan kundasang tu banyak kan... dorang dah buat pembahagian rupanye.. ada deretan gerai yang paling blkg tu jual sayur-sayuran jer...gi ke depan sikit baru jumpa deretan gerai jual buah sahaja... buah ngan sayur dorang jual asing-asing...

Unknown said...

Hye, zura..sy baru aje blk bercuti di sabah..SABAH AWESOME & INTERESTING RIGHT? Erm, sepnjg sy kat sna xpernah byar parking kereta n yg plg menarik boley park kereta tengah2 jln line zebra.. Awak perasan tak? Di semenanjung xde kan? (if sy slp please correct me, just u betulkan pemikiran sy) kiki...

Zura said...

Hye Bear Kontot : memang zura ada nampak byk gile kete park kt tgh2 pembahagi jalan kt tgh2 bndr KK tuh... pihak perbandaran pun mmg tk blh nak buat apa dh kan sbb parking tk cukup....

Kak Mahh said...

Salam kenal/

DXSH.Collection said...

Hi, jom visit blog saya. Mostly cite tmpt menarik di sabah. :D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :